Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday 20 March 2012

Bandung here I come -Day 2

Short entry kot. Malas da nak menaip.nak cukupkan masa nak balik je ni.hehehe.


muka2 segar dipagi hari
Day 2: Bangun pagi breakfast dihotel, pak supir da menunggu. ambik supir melalui kak Lina, salah sorg agent yang mmg slalu bawak team malaysia ke bandung, my cousin dapatkan no melalui forum. Detail kene tanya dia. Sewa kereta/mpv suzuki Rp400,000 untuk 12 jam. Pak Asep supir kami, baik n softspoken orangnya. 9am kami da terjah FO Calamus. FO yg dikhaskan untuk big saiz. (my cousin) baju small size pun banyak jugak. Dd sempat grab kemeja untuk abg didi, kemeja color grey untuk bertandang nnt. And 2 pcs tshirt kain lembut untuk dd. Murah bangat, 2 tshirt tu harga 140000rp sahaja. around 40rggt.kalau kat malaysia susah nak dapat kain macam tu.


kedai blum bukak kami da terjah.
 Lama jugak kami di Calamus.


2nd: then kami menuju ke Herritage house n Cascade, terletak di Jalan Riau jugak, dekat jugak dengan Calamus, kalo xde supir boleh jalan kaki. sebelum tu ke toko anak kecil carik baju untuk anak cousin, xde yang berkenan harga pun agak mahal. Lama kami di Cascade, di Herritage x brapa teruja sgt, tapi dia attach ngan Cascade so direct ke sana, sempat dd borong t-shirt adik, abg, incik debab and kemeja untuk papa. abes 500 000rp untuk 6helai baju, RM170 duit malaysia. Berbaloi rasanya sebab baju original yg branded. Adik mesti suke sbb baju dia chantek.kalo kt malaysia mmg mahal.huhu. X sempat ambik gambar sebab da berpecah. Jalan sorg2 je. Then kami makan di cafe Cascade, bagus di Bandung ni, shopping je mesti ade free gift (GRATIS) bahasa indon, dd dapat coffee free sbb beli lebih 1/2 juta rp. kebetulan cousin pun dpt jgk, so kami singgah minum di cafe sbb nak skip lunch.kami mencuba BATAGOR, menu wajib dirasa di Bandung, ianya macam wantan cicah ngan sos.Sedap. Air yg wajib cuba adalah jus avocado. Juz buah2 disana mmg fresh2 belaka,pekat2.sedap bangat. hehehe.


3rd: Lepas Herritage and Cascade kami seberang jalan Riau menuju ke The Summit, FO yg menarik jugak, tak lama kat situ, then kami seberang jalan lagi ke Terminal Tas.Best jugak tp byk sgt handbeg china, rasa mcm kt petaling street je so x minat sgt, dalam x minat tu terbeli gak 1 handbeg gred AAA.kikikiki. Lepas tu cousin beriya2 nak mencari wallet kulit, makanya kami ke Donnatello, wallet x byk choice, tapi..ade tapi lagi tu, banyak gile kasut kulit yg besh2 and comfortable.  Then lepas donna tello kami ke Edward Forrer, seberang jalan jerk, kedai kasut jugak, tapi x banyak choice yg menarik sgt, tujuan kami ke sini adalah untuk massage badan di AKAR. dia attach dengan Edward Forrer. Harga full body massage adalah 120000rp bersamaan RM40.murah kan? besh2.


4th: Siap massage jam 6lbh petang. Di bandung 6lbh tu da mcm kul 7 lbh di Malaysia. da gelap da pun. Perut pun lapar sbb x makan tengahari, mintak Pak Asep suggest tempat menarik, dia cadangkan makanan Sunda di Sangkuriang. Masakan disini overall mmg sedap banget. X penah lagi makan makanan Sunda, mmg fall in love la. Harga boleh tahan gak la. Keluar dari Sangkuriang, kami diserbu penjual cenderamata(fenomena biasa dibandung) kalau xnak beli jangan tengok pun.Kalau nak beli tawar la selagi boleh, sbb biase diaorg akan letak harga yg kaw2 mahal. Walaupun kite rasa murah bile convert duit kita. Seeloknya dapatkan dulu harga barang2an tersebut dari kawan2 yang penah datang. Contoh key chain, biase harga pembukaannya ialah 70,000rp untuk 1 set yg mengandungi (6-10 kunci). Tapi kami tawar nak 6, 100000rp. Dia akan bagi jugak, kalau x bagi harga yang kita nak jgn beli.


End of day 2, balik hotel tido. Untuk trip hari ahad kami x ambik supir sbb nak g yg dekat2 je.

No comments:

Post a Comment