Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Sunday 16 December 2012

Honeymoon @Legoland Malaysia

Yuhuuu...bersiaran kembali setelah membuzikan diri.

Last week was the mos awesome week. Setelah lebih 2 bln beli pass admission untuk setahun ke Legoland Malaysia@ Nusajaya Johor, baru last weekend la berkesempatan nak menjejakkan kaki. Owh...i'm super duper excited u know. Sebab dd memang peminat LEGO + Theme park.

Sebabkan hubby yang susah nak cuti and x dapat nak blanje dd honeymoon jauh2. Makanya beliau telah memujuk dd dengan membelikan Annual Pass for a year to enter Legoland. ooo sangat best. Sayang hubby manyak2.hehehe. xyah cakap banyak la.mari kite review bergambar. Tapi x byk gambar sebab masa 1st time g haritu kami pergi berdua je.So ade la aktiviti yang kami buat x sempat bergambar.

Untuk detail ticketing boleh tengok kat website ni ye kawan2:

1st lepas buat annual pass. Kami masuk ke theme park. Masuk2 je akan jumpa The Beginner(checkpoint mula la kirenye) Situ ade market yang jual banyak sangat barang2 lego yang comel lote. Janji anda bawak wang seguni. Dd x beli ape2 pun lagi. Later2 la masih banyak masa.


Annual Pass kami yang tidak boleh dipindah milik sebab ade gambo si kacak n si manis.hahaha




Masuk je The Beginning kami menuju ke MiniLand..yezza yang ade bangunan2 mercu tanda yang dihasilkan dari lego... oh mmg amat kagum dengan hasil kerja mereka. U all semua pasti akan terpegun. Lama gak kitaorg lepak kat situ sambil ambil gambar. 

yezza...kami dapat bergambar kat taj mahal..sukenye.dah sampai kampung.hahahaha

then tempat kedua di tuju...nun jauh dibelakang. dekat area dragon castle. sebabnya nak main naga terbang. Sebab cuti sekolah beratur dekat 1jam baru dapat main. tapi puas and berbaloi2. Gambar xde sebab mahal nak beli.nanti2 la baru beli.hahaha. 
miniland

miniland

Pintu masuk.org berebut2 bergambar

The Technic. 

Mainan yang dd paling minat adalah The Technic.. OMA!! Sangat osem tau.Gambar kat atas tu gambar masa menjunam turun. Perghhh jerit puas2. Hilang semua stress. Ni antara mainan terbaik yg ada kt sini. 
Ada 1 lagi tempat besh iaitu Land Of Adventure. Kat sini kite naik boat coaster. Bersedia la untuk basah ye kawan2. Hehe. Didi suggest pakai baju xyah tebal2 sangat. x tahan berpeluh nanti. dinasihatkan bawak air sendiri sbb air kat dalam tu mahal and anda akan selalu haus sebab banyak menjerit.hahaha.

G kat Imagination pun best. Boleh tengok movie 4D. syok wooo..jalan panas2 dah peluh2 masuk kat 4D. Sejukkk je.hahahaha. Then g kat Lego City boleh main bawak boat. x dapat speed boat, boat lego pun jadila. 

Kesimpulannya memang best la. Sekian untuk harini. 

Luv u all. Sebarang pertanyaan, pls drop the comment. Tq












Thursday 6 December 2012

Good new to share. Original Perfume with most cheapest price in the planet!!!

Hi sweetie sume..as u all know. I'm now a part time businesswoman  My main product of course related with the woman and beauty.. so lets i explain directly. Good news for perfume lover. I'm now officially was an agent of Original Singapore made perfume. Which is branded and also cheap. But not a gred perfume or imitate perfume. 

So if u r not fussy buyer, u can directly contact me here. Aaznur Shoppie or via email at akudidi86@gmail.com or via dropping the comment at this blog. I'm free to entertain u to explain the detail. 

All my perfume was only RM150 / bottle. Size depends on brand. all was maximum size. 





WHAT ARE SINGAPORE PERFUMES? ( WE ARE SELLING 100% SINGAPORE PERFUMES ) 


These Perfumes are made and packaged in Singapore and with the same bottle and packaging of a US Made perfume has. Although its not the same as US Made, its sealed in a box and never been open.

USA Made perfumes are being sold in Malls with a price range of RM150 - RM200++. Singapore Made perfumes are being sold in Singapore between RM80-RM150 and to others country mall , shops , dealer and agent.

Singapore Perfumes are not as long lasting like the US Made perfumes (1-2days or more) because it has less oil content that's why its cheaper. But quality wise, not bad for what ur paying for, 30% of the originals price.

Singapore originals had same packaging , bottles and smell as U.S. originals but much affordable and guaranteed 4-8 hours lasting. 

NOTE:
Not made from HK, China, Korea but made in Singapore & Some Are Direct Import from European factory. HK, China and korea made Perfumes are of low quality, poor manufacturing and scent only last for 3 hours.. you can buy this on just such places every where for rm15.. Singapore Perfumes are the best and most close one to U.S., France and Italy Original Perfumes.. The scent Last Long! bottle and packaging are the same as Originals.. In terms of quality it is 90% the quality of originals.

WE ARE NOT SELLING STUFFS YOU CAN FIND IN LOCAL PLACES SUCH AS THE HONGKONG OR CHINA MANUFACTURED ITEMS. WE DONT SELL CHEAP OR LOW QUALITY ITEMS. WE ARE ONLY SELLING SINGAPORE ORIGINALS!!


so feel free to drop by at our shop. 

Wednesday 5 December 2012

Tetibe rasa sebak

Assalamualaikum wbt

hi beloved sweetie semua. This few day dd sangat cepat sensitif...tetibe rasa sebak bila baca entry kawan2 yang dah preggy, yang going to deliver, yang menghintung hari... Ya Allah Kau lah yang maha kuasa. Moga kau murahkan rezeki aku juga untuk memperoleh zuriat sendiri. This month its already 6month i become a wife to my beloved husband. Serius sangat cepat masa berlalu sampai x sedar sudah setengah tahun berlalu. Kehidupan rumahtangga yang sangat membahagiakan walaupun adakala agak mencabar. Moga Allah kekalkan jodoh kami di dunia dan akhirat. 

Soal baby...pasangan mana yang xnak baby kan. dd sangat mengharapkan nya. Setakat ni dd berusaha g berurut, amalkan makan makan asid folic dan vitamin C. tapi mungkin rezeki belum berpihak pada kami. Dan mungkin juga kerana kesibukkan masa slalu wrong timing.hahahaha. dan mungkin juga didi punya masalah sebab didi ade senggugut yang agak teruk. So far cek klinik, klinik suh tunggu after 1 year. So dd pun ikhtiar sendiri. Selain tu..slalu2 la berdoa pada Allah kerana Dia yang maha menberi segalanya.

Antara doa2 yang boleh diamalkan ialah.:-

1. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 38, surah Ali-Imran 

credit: resipirahsiaku


Yang bermaksud :
“Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa”

2. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 89, surah Al-Anbiya

credit: resipirahsiaku

Yang bermaksud:
Dan Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhan-Nya dengan berkata:“WahaiTuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi”

Selain daripada berdoa, anda dan suami turut dinasihatkan untuk membanyakkan SEDEKAH , PUASA SUNAT dan QIAMULLAIL dalam usaha memperoleh cahaya mata.

Sunday 25 November 2012

Weeding Preparation headache is back!!!

huyooo...best x tajuk entry tu??? dd nak kawen lagi??ooo of course la tidak.tapi mmg teringin nak kenduri lagi skali. Boleh x tiap2 taun kite naik pelamin incik debab. hahahaha. Jawapan incik debab: of course boleh kite hiject je kenduri kwn2.kahkahkah.suke suki je.

Oooo baru nak tarik nafas lega hilang penat lelah persiapan kawen..tapi nampaknye x lama... baru tarik nafas jap dah kene hembus n tarik nafas laju2 balik. hahaha..

abang kesayangan, abg sulung dan satu2 nya abang didi yang x berapa nak hensem tu nak kawen. haish ko ni la kan bhaijan(panggilan utk abg didi). aku suh kawen sama2 ngan aku aritu xnak. alih2 kawen beza tak sampai setahun. yang penat nye aku jugak. ko tau bagi arahan je.hahaha, geram tau. Dia suh dd handle doorgift, hantaran and persiapan yang berkaitan. pengsan tau. dd paling x suke bile pk pasal doorgift. pening. xde idea. tengokla dd kawen dulu pun last minit baru siapkan doorgift. ni abg dd nak kawen kurang dari 4 bulan je lagi. hantaran satu habuk pun x sentuh lagi. tangan da berbedung kawan2. da pandai wat hantaran tau.hehehe. 

Doorgift paling dd pening nak pk. Konon nak lain dari yang lain. yela satu2 nya abang. konon nak la best sket. walaupun wedding sendiri x best dulu. tapi langsung xde idea yang menepati budget. Doorgift 100% di sponsor oleh dd and incik debab tau. Untung bhaijan kan. Korang pls2.tolong dd.gimme idea plsssss....

Sunday 11 November 2012

My life super duper BUZY

assalamualaikum wbt

dear my all sweet reader. Missh u all. Rindu tulis entry everyday mcm dolu2. But ape boleh buat masa xkan diputar kembali.eceh!!hahaha. sekarang ni dd sangat bz mengatur hidup. Macam2 misi and tugasan hendak dilaksanakan. But tetap buat step by step. 

Macam dd penah cerita b4. Abg dd nak kawen dah telah selamat bertunang 4.11.12 haritu. Sekarang counting days nak nikah pulak. Ikut discussion family, tarikh dia dalam awal bulan 3 kot. So x sampai 4bln je lagi nak siapkan semua. Dd punye task of course la banyak. Buat hantaran, buat doorgift, hias bilik pengantin, uruskan kad kawen.dan segala yang berkaitan la.Ni la padahnye mak beranak sket sangat. hehehe. Penat kenduri sendiri belum hilang lagi, now kene sambung penat kenduri abg pulak. Xpela janji dapat kakak ipar. hehehehe. 

Idea hantaran untuk abg didi belum ade dalam otak lagi. Mungkin jugak ade gunakan barang2 recycle dari majlis dd. Sebab tema kenduri abg dd warna coklat/krim. So hantaran dari incik debab kepada dd yang warna gold tu mungkin boleh digunakan semula. Tukar bunga je kot. Haha.Jimat kos. Sbb hantaran 100% ditaja oleh dd. waaa..gitu. Doorgift lagi la xde idea. Pls gimme idea u alls. pening ni. Masa kenduri dd pun last minit baru decide doorgift. Nampaknya sejarah akan berulang kembali. Hohoho. Set cadar n langsir nasib dah settle. 

Another thing yang buat dd bz gile adelah kegigihan berniaga online. TQ pada yang support. Buat As and Cik Susu yang ade pm dd kat fb. Mintak maaf sangat2. baru semalam perasan msg u all sebab dia masuk dalam hidden massage. sori sori sori. Buat Semua B2B and ex B2B yang nak kan kulit yang cantik dengan harga yang mampu milik. Cuba lah vitamin C organic ni. Dd dah mengamalkan sendiri. n mmg berkesan. Sapa2 nak order boleh jengah fb dd. Aaznur Shoppie. Selain vit C ade macam2 product lain yang sesuai untuk semua. Boleh la jengah2 ye.

Selain itu, dd bz meneruskan hobi jelajah JB bersama incik hubby. Hari2 keluar. Minggu ni lagi best sbb banyak public. kalau kesempatan dd akan update pasal LEGOLAND MALAYSIA. tungguuuuu

Banyak nak tulis tapi keje menimbun atas meja. Will be back soon.

Daaaa...love u alls

Tuesday 30 October 2012

Ya ALLAH kekalkanlah rasa cinta ini dihati kami

Assalamualaikum wbt 

Harini genap 5 bulan didi menjadi isteri kepada encik debab. Rumahtangga ada pasang surutnya. Begitulah kami. Masing2 masih sedang berusaha untuk menerima pasangan seadanya. Syukur sangat dikurniakan suami yang memahami. Walaupun agak baran, tapi incik debab slalu mengalah. Banyak persamaan kami memudahkan kami melalui hari2 mendatangkan. Yang tak sama tu masing2 berusaha untuk terima dan x jadikan benda tu sbagai masalah. 

Didi share sket ek aktiviti dd sepanjang jadi isteri ni. hehehe.So far x banyak beza pun dengan masa zaman bujang. kalau dulu malam minggu keluar lepak dengan kawan2. sekarang malam minggu keluar lepak dengan hubby n kawan2 dia yg agak sporting. So far dd kamcing dengan wife2 kwn hubby and they also very supportive. Mean dah ade bff baru disini. kire xde la rasa bile dtg jb dah xde kawan.hehe. 


Sebelum kawen dulu didi penah terlibat secara serius dengan dunia perlumbaan kereta. zaman2 final year n after grad. Sebelum kenal hubby lagi. Minat dd n hubby mmg banyak persamaan. Dd mmg suke sukan2 extreme ni. Kereta, motor, superbike. Oh my favourite. Kalo dulu slalu turun tengok budak2 race or drag kereta. Lepas kawen rupenya makin ligat. Hubby dulu bekas pelumba haram negara. hahahaha.rosak2. dd pelumba halal ye. So malam minggu boleh plak sebok g tengok orang berlumbe. 
geng bini2 sempoi
2 orang tu wife kepada kawan hubby yang kini jadi bff dd pulak. ade sorang lagi sepatutnya tapi dia x dpt join. Memang havoc kalau dah berjumpa. Rosak2.

Selain lumba, hubby dd rayban crazy. Dulu dd x minat. Sangat old school rasanya. Tapi bila dah terjebak. dah tau beza Ray Ban kat kedai speck ngan Ray Ban yang hubby minat, didi lak yang over sekarang. Siap jadi penjual plak tu. Kalau dah bisnes minded, semua nak diniagakan.hahaha.
terjebak layan rayban

Satu lagi hobi kami yang paling ketara adalah jalan2 dan makan2. Hubby yang beriya2 nak diet x penah kesampaian sebab isteri dia kuat ngidam makan macam2. (mengidam sebelum mengandung pun dah dasat kalo ngandung nnt xtaula. ) Ape yang bestnye JB ni banyak sangat tempat makan yang best2 sedap2 and murah2. nanti dd rajin dd review satu2. Waaa...x pasal2 blog ni jadi blog makanan lak. hahahaha

Sup Kg Paser Puteh Pasir Gudang


Steamboat & Tauhu Bakar @ Dataran JB


ABC @Kg Melayu
Dating waktu petang @ Puteri Harbour 

Shopping kasut @CS JB

Semoga kasih sayang dan kebahagian kami berkekalan. Rumahtangga kami peroleh berkat. Begitu jugak doa dd buat kawan2 semua. Semoga kami peroleh zuriat yang soleh dan solehah. Menanti dengan penuh pengharapan. InsyaALLAH doakan kami. Amin2 ya rabbalalamin. 

Sunday 21 October 2012

Sharing is Caring: Vitamin C organic suppliment

hi sweetie semua,

Apa khabar.miss u all. skrg dd agak bz kurang masa nak menulis kat blog ni. Tapi hari ni curi masa sebab nak share2 dengan u all ape aktiviti terkini dd skrg. Buat b2b yang nak melangsungkan perkahwinan x lama lagi, mesti teringin nak kulit yang cantek kan? dd dlu x pandai nak search2 product. tapi alhamdulillah sebelum kawen kulit muka dd dah licin sket. So kurang la risau. Tapi lepas je sebulan kawen...ambik jerawat berlumba2 mengeluarkan diri dari kulit dd. Tensionnya ya rabbi. Dd sampai g buat facial yang harga hampir RM300 sbb buat facial biase x jadi. Terpaksa g spa yang mahal. mmg menjadi tapi tahan sebulan je. lepas raya kulit jadi berjerawat balik. Tensionnye la hai... sampai la dd jumpa vitamin C organic yang diedarkan oleh kawan dd. Dd try beli n makan sebotol. Alhamdulillah. Dlm 2 mggu pengambilan jerawat dah berhenti naik.pori2 pun dah mula kecik. dd tengah still amalkan. nanti dah cun jelita dd tempek gambo. Hahaha. perasan la hai...

So bile nampak berhasil dd pun mulakan penjualan nya kat shop dd Aaznur Shoppie . sebab dd yakin dengan kesannya. Alhamdulillah Vit C ni antara yang paling laris la. Sebab pe. Sebab harga dia mampu beli dan hasil nya nampak dalam masa 2 mggu pertama pengambilan. Serta xde pantang yang pelik2. 




♥ Organic Vitamin C for Skin - 500g ♥

BERFUNGSI UTK MENCERAHKAN KULIT, MENGGEBUKAN, MELICINKAN SERTA MERAWAT JERAWAT, PARUT JERAWAT DAN YANG ADA RESDUNG SGT2 DI GALAKKAN.

DENGAN PENGAMBILAN YG KONSISTEN 2 BIJI SEHARI...


ANDA MUNGKIN AKAN MENDAPAT RESULT YG CEPAT DI MINGGU PERTAMA PENGAMBILANNYA.

Vita - C 500mg merupakan produk pertama yang menawarkan perlindungan pelepasan terkawal semula jam demi jam dengan menggunakan komponen tumbuh tumbuhan semulajadi untuk memberikan bekalan vitamin C kepada tubuh bdn dengan lembut dan berterusan. Satu tablet 500mg vitamin C ni bersamaan dengan tujuh biji oren segar.

• Vitamin C 500g setiap capsule sama seperti kita inject vit c dalam badan untuk whitening.
• Kebaikan produk ni kita tidak perlu sakit kena cucu jarum hanya telan dengan air sahaja dan mengandungi antioxidant yang tinggi dan baik untuk kecantikan kulit.
• Secapsul bersamaan dengan 7 x biji oranges.
• Sangat bagus untuk kulit muka dan seluruh badan..akan kelihatan cerah berseri,putih dan mulus.
• Sesuai untuk wanita dan lelaki,umur 12 tahun keatas
• Sesuai untuk ibu mengandung.
• Sesuai untuk ibu yang menyusukan baby (air susu akan banyak).
• Sesuai diambil ketika period.
• Dapat menyelesaikan masalah resdung,alahan.
• Memudarkan parut2 dimuka dan badan.
• KKM approve.
• 100% halal.

CARA MAKAN :
Makan 1@2 biji sehari iaitu Pagi & Malam Selepas makan.


Harga promosi dari dd RM35 sebotol ade 30 biji. Berminat boleh tinggalkan comment. 

Tuesday 9 October 2012

Cardigan, Skirt and Palazo on Sale!!!

Posto posto...buat peminat2 cardigan and skirt yang skrg ni menjadi trend hangat. Meh la singgah kat Fb dd


kalo malas nak masuk FB pun xpe.boleh order kat sini je.

Skirt:

Skirt Kembang Payung
Black

Size: Fit S to XL
Material: Cotton korea
RM65 including postage
Skirt Kembang Payung
Red(more to maroon) color slightly different due to lighting.

Size: Fit S to XL
Material: Cotton korea
RM65 including postage.

Skirt Duyung

Size: Free
Material: Cotton korea
Price: RM45 including postage.

Palazo:

Leopard Print Palazo

Size: Free
Material: Jersey Silk
Price: RM 45 including postage

Cardigan:

Cardigan 1
Coklat

Size: Fit until L
Material: Cotton Korea
Price: RM48 including postage

Long Cardigan
Black

Size: Fit to S to XL
Material: Cotton Korea
Price: RM50 including postage

Long Cardigan
Grey

Size: Fit to S to M/L
Material: Cotton Korea
Price: RM50 including postage


Any inquiry juz drop the comment.
















Thursday 4 October 2012

Updated!!!Perfume perfume perfume for sale!!!


DD buat SALE
KHAS UNTUK BLOGGER2 TERSAYANG!!!
off RM10 UNTUK SETIAP BOTOL PERFUME!!!
END 12.10.2012


Yuhuuu 
hai darling2 semua
Are you perfume lover?nak beli perfume x?
meh order dengan dd.
i sell original branded perfume with less price.



Add shop dd kat fb eh. 

Thursday 27 September 2012

Masih belum honeymoon

Tengok tajuk pun u all da tau kan ape dd nak ngadu ni. Huhuhu. Cedih...sepatutnye kami bercuti di Terengganu lepas wedding haritu tapi hubby telah membuat2 lupa pasal voucher hotel yang adik dia hadiahkan. Makanya ianya telah burn. So percutian idaman di tepi pantai sehingga kini masih belum kesampaian. Dd ajak dia g Tioman, pun dia kata nanti dulu. sekarang tengah bz. Bosannye.nak holiday nak holiday...!!!
ni dah x kire honeymoon dah. Sebab da jd pengantin basi pun ye.hahaha. Cume dd ni mmg travel lover. So i wish i can go to somewhere and spend time with him. Dd fall in luv with Island actually. Teringin nak g Sabah, tapi budget and masa belum mengizinkan. So azam 2013, lepas je settle majlis abg dd.akan aku usahakan untuk bercuti jauh2...Korang2 yang dah g honeymoon sile la suggest Island yg besh for me. Tioman dd dah tau n mmg really fall in luv with it. 

Wednesday 26 September 2012

Many Words on Wednesday

Assalamualaikum wbt

Salam rindu buat semua sweetie2 dd. Miss u all as always. Dah lama rasanya didi berhenti mengarang panjang2 meluahkan apa yang terbuku diminda ini. Sejak bergelar isteri orang kununnye. Bz sangatla kesahnye.Hahaha.x la x bz pun.Banyak nak cerita n nak ditaip tapi ade je halangannya. Kadang2 teringat kat blog masa tengah drive la, tengah mandi la, alih2 berazam nak tulis tapi lupa jugak. Nak buat mcm mana penyakit lupa menyerang kembali. Hahaha.

Arini korang baca la celoteh dd smpai lebam. Ade ke yang nak baca? ade je kot walaupun dd menulis x besh pun.kadang ayat pung tunggang langgang kan? hahaha. Redha jela anda mempunyai teman seperti saya.
Sekejap sangat masa berlalu. Dd da selamat melalui fasa 3 bulan pertama perkahwinan. Alhmadulillah, fasa bulan madu yang sangat indah, sangat membahagiakan dan semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat kami. Begitu jugakla doa didi pada teman2 seangkatan samada ex-b2b mahupun b2b.

Gembira sangat bila baca entry2 ex b2b 2012 yang mana melalui fasa awal perkahwinan dengan macam2 cerita. Terutamanya yang memperoleh rezeki anak dengan cepat. (bunting pelamin kot org ckp). sangat tumpang bahagia. Dd, kalo dlu sblm kawen mmg xde plan nk ank cepat2, tapi bile da kawen dan melihat keterujaan incik debab, dd pun jadi sama mengharap. Malangnya sehingga kini belum ada tanpa2 seperti kawan2 yang lain. Think positif, baru 3 bln relax la.ramai lagi yang da lama kawen pun belum ada rejeki. InsyaALLAH.mungking Allah lebih mengetahui mengapa masih belum ada tanda2 itu. Usaha2 telah dimulakan. dd da start makan asid folic since bln 7, then da few time pergi berurut. Lepas ni kene lipat gandakan usahakot.hahaha. Nak bercinta puas2.hehehe. 


Sejak dok jb ni keje nye hampir tiap2 malam merayap dengan incik debab bile incik debab keje shift pagi. sonok woo..bln depan dia da start keje opis hour.makin panjang ar kaki kami. hahaha.sebab tu dd gigih berbisnes. Harap2 kawan2 dapatla support bisnes dd. Aaznur. Thanks to blogger Nisa yang merealisasikan kata2 beliau bahawa beliau akan membeli perfume dengan dd. I luv u dear.hehehe.
JB is awesome town i tell u. Mula la jap lg org2 jb nak bangga kan.hahaha. But pd dd kl tetap menang kot. I miss my pass day damn much. Lamanye x jejak kl. Hahaha. 

Kehidupan sebagai isteri berjalan seperti biasa. Masih cuba addaptkan diri dalam keluarga in law. So far x penah ade masalah. MIL pun sporting orangnya. Gaduh dengan husband tu perkara biasa, so far x penah berpanjangan. Always missh him.hahaha.gedik!!

Rumah selepas kahwin?? X banyak lagi yang berubah. Tp da banyak masuk list untuk perubahan. Tunggu duit jatuh dari langitla. Hahaha. Awal2 kawen, 3 bln pertama ekonomi agak semput since ari2 merayau kejenye. Bln ke 4 masa untuk stabilkan ekonomi.hahaha. InsyaALLAH semoga Allah murahkan rezeki kami. Amin.

Kampung halaman- sangat rindu. da sebulan lebih x balik since lepas raya aritu. Raya 1st harusla di Perak kan. Raya Haji pun insyaALLAH kt perak nanti since abg dd nak tunang. Ye ye nak dapat kakak ipar. Baru abes penat kenduri dd. Lepas ni standby la penat untuk kenduri abg dd lak.ye yeah.. sukenye. Aritu x puas nak handle majlis sendiri. kali ni senang sikit. sbb dah ade experience and bukan sendiri yang kawin. kikiki.

okla nak cite banyak lagi. Tapi masa mencemburui. Nak balik umah. Malam ni nak kuar dating lagi dengan incik husband!bye2


Santapan mata: Masala tosey@mustafa centre Singapore


Friday 7 September 2012

Dosa Dalam Perkahwinan- Kreadit to myibrah.com


Sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?
Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari. Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.  Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini. Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak “jika” untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak. Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah dapat pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
“Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua.”
Ada juga yang berkata:
“Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin.”
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu perlu ditanya pada diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan? Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat.” - (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
“ Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa.” - (Surah Thaha: Ayat 132)
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini. Ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
Aku nikahkan Dikau ……  dengan anak ku ….. 
Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”
Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang.  Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa. Wallahualam.


Thursday 6 September 2012

WeddingReview: Official OP

Assalamualaikum semua
Seperti yang dimaklumkan. OP dd adelah adik dd sndiri. Kenapa dd lambat update. Sbb dd yang uruskan page utk Mr. OP ni sebagai bayaran kepada dia yang menaja photography wedding dd sepenuhnya. huhu.Bijak kan dia. Adik dd ni baru berjinak2 jadi OP sebelum ni dia ambik gambar suka2 untuk belajar. So far belum banyak projek dia. Since Jun smpai skrg ade 3 wedding yang dia handle. Gambo wedding dd jela yang dah siap. Sebab yang dua lagi baru berlangsung last week. Nanti dd update. 



Sape2 nak review boleh la usha page baru kami. 

Untuk pengantin budget yang mahukan hasil yang baik pada harga yang rendah boleh contact dd. Terutama pengantin2 belah2 utara. Blogger2 akan dapat best price ever. So pengantin to be especially di Perak, tunggu ape lagi. Contact2 la dd eh. bye2

Tuesday 4 September 2012

Wedding Review: Hadiah Kahwin

Masih mood raye kan korang2.
Dd ni da 3 bln kawen baru sebok2 nak update pasal hadiah kawen. Memang best sebenarnye sebab dapat bnyak sangat hadiah kawen, n banyak yg sangat berguna. Sabtu lepas dd n husband buat open house, so byk la kegunaan hadiah2 kawen kami ni utk majlis open house tu. Itu pun ade lebih separuh lagi kat perak.

Since rumah husband lepas kawen dd masuk mmg cuci kaki je. Hampir lengkap sepenuhnya. Set sofa, tv, meja makan, peti ais, mesin basuh, set bilik tidur.Alhamdulillah semua dah ade. Memang saya agak bertuah.




Ni la ruang tamu and ruang makan serta dapur rumah kami. Masih kekurangan kabinet dapur.Akan diusahakan dalam masa terdekat.Hehe.

Hadiah-hadiah kawen yang dd dapat, antara yang dd ingat;

1) yang paling besh, Microwave
2) Multi cooker
3) Penapis air
4) Water dispenser yg ala2 kat opis tuh.
5) Jam ade 4 bijik
6) Periuk nasik 4 bijik jugak
7) blender 2 bijik
8) Karpet
9) cadar - 2set
10) Buku panduan perkahwinan 3 buah
11) Lesung batu
12) Iron 2 bijik
13) Set periuk ade 5 set
14) Frame 6 unit
15) Cawan dan Jug 8 set
16) Set pinggan mangkuk 3 set
17) Barang hiasan 4unit
18) Set pisau
19) Tempat penyangkut kunci
20) Al-quran mini
21) Album gambar 2 unit
22) Dapur memasak

Tu je kot yang takat dd ingat. Banyak hadiah berulang. Tapi sangat menghargai buat semua yang memberi.
Paling x sangka dapat banyak periuk nasi. Nampak sangat dd kene rajin masak lepas kawen kan.hahaha





Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hi all sweetie pie

Kejap je masa berlalu kan, aritu baru mula puasa, hari ni dah hari ke 28. Camne persiapan raya? dd nye biase2 je.xde baju baru pun. Cut off budget since baru nak stabil lepas kawen. Ni la padahnye kawen dkt sgt ngan raya.hahaha. Cume tumpukan persiapan rumah je. Tahun ni rumah sendiri kan, for sure kengkwn hubby akan dtg beraya, so persiapan agak mantap la jugak, tapi still simple, x tukor langsir baru pun. Pakai je yang mak mentua da buatkan dulu.Langsir nanti2 la baru pk. Nak beli biar yang menang memakai. Huhu.

Buat kengkawan yang baru kawen tu, raya mane kome tahun ni?dd off course la perak. awal2 lagi hubby dah mengalah. Tahun pertama mmg wajib rumah isteri. Hehehe. Sukenya. Hari ni masih kat pejabat sampai tengahari. Kul 2 gerak balik perak. Semoga perjalanan lancar hendaknye. Doakan kami selamat sampai. Amin.Begitu juga doa dd buat sume yang akan gerak balik kampung. Semoga selamat pergi dan balik.

Okla buat kengkawan sume, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Jemputla datang beraya. Buat yang stay johor raya ke 7 dd buat open house. jemputla datang.hehe.

Thursday 2 August 2012

kehidupan selepas 2 bulan berkahwin.

Salam Ramadhan sweetie semua.
Kejap je masa berlalu kan, dah 14 Ramadhan. Memang masa mencemburui kita untuk menghadapi bulan yang mulia ini. Secara jujur, dah bertahun2 sejak dewasa ni dd lebih excited menyambut puasa berbanding raya. Mungkin dah matang kot. Ihya Ramadhan kata orang. Hehe.

Buat sweetheart yang dah kawen, ape perasaan kalian menyambut puasa tahun ni?lagi2 blogger2 yang kawen saing2 dd. Hehehe. Best x? Bangun sahur masak untuk suami?Sekejap je dah 2 bulan bergelar isteri. Macam dd memang kusut masai sket puasa kali ni. Bulan puasa balik keje kul 5. perjalanan dari opis ke rumah lebih dari sejam. Biase 6.30ptg baru smpai rumah, ade 1/2 jam je untuk masakkan untuk suami. Nasib hubby makan lepas solat maghrib, so ade masa sket. Tapi sangat terkejar2. N sgt penat.Itupun encik hubby banyak membantu. Kalau dia balik kerja awal dia akan sediakan ape yang perlu. N kadang2 dia masakkan. Sangat terharu n sangat menghargai beliau. So far, blum complaint lagi masakkan dd. Takat ni berbuka kat luar pun baru skali je. Yang lain semua masak. Waa...kagum dengan bakat sendiri. Hebat jugak aku kat dapur rupanya. Padahal sebelum kawen dlu, pemalas ya Rabbi. 

Bab bangun sahur lagi best, kalau time hubby kerja pagi/petang. (hubby dd mat kilang keje shift). Dalam kul 4.30 hubby dd kejut dd, lepas tu dia tido balik smpai dd siap masak.Baguskan beliau.hahaha. Kalau dia keje malam biasenye dd masakkan bekal sahur untuk dia. Tetibe terasa gigihnye saya.hahaha.x sangka akan berubah macam ni skali. Betulla kata orang perangai akan berubah bila berkahwin ni. Huhu.

Persiapan raya?memang xde langsung. Cume dd plan nk buat cookies jela end of Ramadhan nnt. Sekarang ni mmg x pk ape lagi. Baju, Kasut, Tudung n langsir memang x pk ape pun. Pakai jela ape yang ade since akaun da kering lepas kawen ni.hahaha.

So u all lak mcm mana. Mengaharungi hidup selepas berkahwin. 

Selamat berpuasa dari dd.

Assalam

Saturday 28 July 2012

Wedding Stuff For sale/rent

hi
salam ramadhan semua.
amacam pose x?ehehe
ni dd nak tempek alas hantaran dd yg dd nak sewakan/jual dgn harga yg amat berpatutan.
Sape2 tema gold n cream tu kalo berminat blhla email dd kat akudidi@gmail.com atau leave the comment.

Bantal Hantaran 5 pieces

Free 2 alas polistrine 

Selain itu ade jugak few barang2 lain yang dd nak lepaskan.since dd xde pewaris(adik perempuan)/hehehe

Cleef open heels
Jenama: Cleef
Size: 8
Warna: Silver grey
Heels: 3"
Condition: 100% new. Never used.
Price to let: RM20 only.Since dd beli kasut ni masa sale je pun.