Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Wednesday, 12 September 2018

PHOTOBOOTH DECO JOHOR BAHRU


Kami Menerima Tempahan Photobooth/Stage Deco untuk apa sahaja majlis keraian mahupun koprat sekitar daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Desaru dan sekitarnya. 

Disertakan contoh2 hasil kerja kami sepanjang bergiat aktif dalam bidang ini.

Sebarang Pertanyaan Hubungi 
+6 013 7070 592 (Ieza)
Instagram : @candyliciousbyaaznur

























Saturday, 22 April 2017

EVENT PLANNER JOHOR BAHRU

Kami merupakan perancang majlis yang telah bertapak sejak 2012 di Johor Bahru.
Ingin meriahkan majlis keraian anda.
kami menyediakan pelbagai perkhidmatan yang sesuai dengan citarasa anda.
Perkhidmatan kami cover sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Skudai, Nusajaya, Gelang Patah, Pekan Nenas, Kulai, dan Sekitar dengan harga yang sangat berpatutan.

- candy buffet/dessert bar
- cake table styling
-photobooth & hall deco
- mini pelamin vintage tunang/nikah/sanding/berendoi
- pelamin vintage rumah/khemah/dewan
- deco bagi sebarang majlis keramaian
- backdrop setup & printing
-sticker printing
-goodies bag printing













visit kami di:-

Instagram : @candyliciousbyaaznur
Fb : Candylicious by Aaznur
email : aaznur@gmail.com
Whatapp : 0137070592

Sunday, 18 October 2015

Pelamin/Mini Pelamin/Photobooth Vintage Johor Bahru

Anda peminat tema2 vintage/rustic yg bercirikan kayu2 palet?
kami menyediakan perkhidmatan photobooth dan pelamin rustic

Photobooth vintage/rustic ini sesuai untuk:

1) majlis perkahwinan 
2) majlis keramaian / cooparate 
3) annual dinner

atau apa sahaja acara yang dirasakan sesuai dan mempunyai lokasi yang
strategik.

meriahkan majlis anda dengan menampilkan kelainan yang kami bawakan.
kami cover event2 sekitar Johor bahru


berminat hubungi saya : 0137070592-iza atau lawati laman Fb saya untuk lebih banyak pilihan.





MINI PELAMIN 

MINI PELAMIN

MINI PELAMIN

MINI PELAMIN

PHOTOBOOTH

PELAMIN DEWAN

PELAMIN DEWAN COMPLETE WITH WALKWAY


PELAMIN RUMH/DEWAN

PELAMIN RUMAH/DEWAN









PELAMIN RUMAH/KHEMAH

PELAMIN RUMAH/KHEMAH


Friday, 28 June 2013

CANDY BUFFET FOR JOHOR BHARU

assalamualaikum wbt

lama x menulis. harini dd muncul untuk umumkan finally impian nak jalan kan bisnes candy buffet yg diberi nama CANDYLICIOUS by Aaznur
secara serius telah berjaya. 

so b2b sekitar Johor dan Perak(tiada cas minyak) yang berminat boleh contact dd.
pm kat fb Aaznur Shoppie, email ke aaznur@gmail.com ataupun boleh what app atau
we chat dd direct 01115982981.

pakej yang kami tawarkan terdiri dari 3 pakej. 
1) Candynomy RM390
2) Candygrand RM690
3) Candy SuperDuper RM890



For detail dd akan forward quotation bila ada yang request ye.

Selain wedding, Candy buffet juga sesuai untuk majlis hari jadi (pakej Candygrand dan candy SuperDuper Kek Included). Sesuai untuk reunion, akikah dan Rumah Terbuka. Kami menyediakan decoration berdasarkan konsep dan tema majlis anda.

untuk slot september dan October terdapat less Rm90 untuk setiap pakej. So ape lagi sweetie.
Sapa yang berminat boleh contact dd.

Sokongan dari kalian semua amat dialu2kan. 

Saturday, 1 June 2013

Lets Exchange Link

Dear my all friends let exchange link.
I'm unaizah@iza, blogging name as akudidi.
Add me and left your link also, i'll follow u back, 
lets share our experience for wedding and life. 
tq

Sunday, 25 November 2012

Weeding Preparation headache is back!!!

huyooo...best x tajuk entry tu??? dd nak kawen lagi??ooo of course la tidak.tapi mmg teringin nak kenduri lagi skali. Boleh x tiap2 taun kite naik pelamin incik debab. hahahaha. Jawapan incik debab: of course boleh kite hiject je kenduri kwn2.kahkahkah.suke suki je.

Oooo baru nak tarik nafas lega hilang penat lelah persiapan kawen..tapi nampaknye x lama... baru tarik nafas jap dah kene hembus n tarik nafas laju2 balik. hahaha..

abang kesayangan, abg sulung dan satu2 nya abang didi yang x berapa nak hensem tu nak kawen. haish ko ni la kan bhaijan(panggilan utk abg didi). aku suh kawen sama2 ngan aku aritu xnak. alih2 kawen beza tak sampai setahun. yang penat nye aku jugak. ko tau bagi arahan je.hahaha, geram tau. Dia suh dd handle doorgift, hantaran and persiapan yang berkaitan. pengsan tau. dd paling x suke bile pk pasal doorgift. pening. xde idea. tengokla dd kawen dulu pun last minit baru siapkan doorgift. ni abg dd nak kawen kurang dari 4 bulan je lagi. hantaran satu habuk pun x sentuh lagi. tangan da berbedung kawan2. da pandai wat hantaran tau.hehehe. 

Doorgift paling dd pening nak pk. Konon nak lain dari yang lain. yela satu2 nya abang. konon nak la best sket. walaupun wedding sendiri x best dulu. tapi langsung xde idea yang menepati budget. Doorgift 100% di sponsor oleh dd and incik debab tau. Untung bhaijan kan. Korang pls2.tolong dd.gimme idea plsssss....

Monday, 14 May 2012

Tinggal 16hari je lagi

Assalamualaikum wbt 


16hari je lagi untuk melalui segala kekusutan sebagai b2b. semoga semuanya berjalan lancar. Mulai hari ni xkan ada update dari dd sehingga lah majlis selesai. Kecuali ade kelapangan. Memang bz teramat2. Rindu nak komen blog b2b semua.jeles dengan yang masih ade masa, jeles dengan yang dah hampir complete persiapannya. Mood bercampur baur.happy, sedih, down,unmotivated, terlebih gigih bekerja. Ntah la. xtau nak cakap.Dalam bz2 tu sempat gak singgah blog2 korang tengok hapdate2 latest, cume x sempat nak komen2. Miss u all bebeh. Rindu zaman hungga bungga dulu. eceh..mcm da lama je x bersuke ria. Yela sekarang ni balik keje je ngadap doorgift, ngadap bunga, ngadap mcm2.hamek ko sape suh dulu senang lenang sangat, last2 minit ni pulun la sume. Tu belum masuk bab hantaran untuk incik debab lagi, 1 habuk x usik lagi...stress jugakla.


Ditambah plak dengan kekangan kewangan, budget kenduri telah berjaya diclearkan sebulan sebelum kenduri. So sekarang ni mood surviving, tunggu suntikan budget dari ayahanda dan bonda terchenta minggu depan. Malu rasanya nak mintak duit diaorang, dah la katering da disupport. Lagi2 paham yang diaorg pun bukan banyak sangat duit. Redha jela mummy n papa, since u only have 1 lovely daughter. hahaha. perasan.


Hubungan dengan incik debab, alhamdulillah going smooth, da xde gaduh2 dah, sekarang ni kalo call pun banyak discuss pasal persiapan je. x sempat nak discuss pasal diri sndiri, nak manja2 bagai. Later2...simpan dulu.bape hari je lagi nih. hahahaha


Kerja2 pengedaran kad baru dimulakan. Untuk kawan2 yang jauh da siap pos, untuk officemate tengah gigih menulis lagi, untuk client x listkan pun lagi. hahahaha. Bertenangnye saye kan. 


Cuti?? Baru apply tadi, gaya2 xkan approve seperti diminta sebab AL dah negative. Huaaa...bahana cuti ke Bandung aritu and period pain bulanan. Menci!!Tapi nak gak cuti 2 minggu. Dari 28hb-12jun.lama kan.Tengok la camne keadaan opis tanpa pekerja berkaliber seperti dd.hahahaha.perasan lagik. Pertukaran kerja dari HQ ke JB pun da diluluskan, tapi mayb xkan pindah serta merta. Akan slalu up and down. I will b frequent traveller from JB-Rawang. Okeh!gigih!. 


Okeh sekian update terakhir untuk kali ini. Ditempekkan juga perutusan raja sehari yang x seberapa ini dari dd. Jemputla datang kawan2. dd nye majlis simple je ala2 kampung, xde special table untuk blogger friend. Tapi tetap special dihati saya. Anda sangat dialu2kan untuk datang. InsyaALLAH dd akan layan sebaik boleh.








Perak


















Kota Tinggi JB

nota kaki: Nanti dd update coordinate. Asyik lupe je. 

Wednesday, 2 May 2012

Checklist 28 hari dari sekarang!!!


28 hari lagi untuk menempuh hari bahagia bersama insan tersayang. Alhamdulillah, nampak mcm da tak banyak, tapi disebalik tabir tu ade macam2 lagi tu. Juz a reminder for myself. Checklist saya untuk hari ni.

For Hantaran Incik Debab to me:-

1) Telekung 
2) Handbeg 
3) Shoes 
4) Tafsir Quran
5) Facial set
6) Cup cake/macaroon -
7) Buah - last minute
8) Tepak sirih
9) Mas kahwin/rantai

For Hantaran me to Incik Debab:-
1) sport shoes(optional)
2) Perfume set
3) Shower set
4) Baju - done

5) Wallet/belt
6) Buku Ilmu
7) Sejadah
8) Cup cake 
9) Buah
10) Coklat
11) Sirih junjung

For khatam quran:-
1) Yassin as doorgift
2) Baju and Tudung

For nikah:-
1) Rantai batal air sembahyang
2) Bunga telur me & incik debab
3) Baju nikah (p)
4) Baju nikah(l)
5) MUA - done
6) Legal documents

For Walima
1)Wedding card 
2)Doorgift – in progress (DIY)
3) Pelamin
4) MUA
5) Doorgift vvip
6) Guestbook
7) Candy buffet
8) Wedding/birthday cake
9) Canopy  
10) Kasut custom made 
11) Baju melayu incik debab
12) Homestay - Done taman idaman &Taman Jaya
13) Catering – Done

For Bertandang:-
1) Outfit
2) Doorgift - Done
3) Bunga Telur - Done
Others:-
1) Set bilik tidur - Done
2) Set cadar
3) Hiasan bilik tidur
4) Signage for candy buffet/guestbook corner
5) Podle flower for baju nikah
6) Fancy paper for hiasan.
7) Centerpiece flower - by sis aina
8) Gubahan hantaran to incik debab 
9) Gubahan hantaran to me

Tuesday, 1 May 2012

30days to go- APAKAH???

hola sweetie semua

dd away for 5days, ala2 bz kununnye, sebenarnye, cuti balik kg and dengan bangganya kedua2 latop tertinggal kat sini. sakitnye jiwa..bosan gile balik kg tanpa latop. selain x dapat catch up blog, castleville game dd kat fb pun terabai.hahahah.mcm tu pun boleh. nak buat macam mana. pengammer tegar.hahaha.rosak2.

Tujuan asal cuti dan balik kampung, adalah untuk membeli dan membelah serta menyiapkan apa2 yang patut, tapi apakan daya, MR.BLACK dd da terbau2 gaji dd masuk. baru ambik pagi, tengahari dia telah membelanja kan RM600. hamek ko!! dari kisahnye kecik, terus jadi besor. Mood: REDHA jela.

So program nak shopping ape2 yang patut x kesampaian la jawabnye. So dok umah tengok tv jela keje dd, 1 progress wedding pun x jalan lansung, frust punye pasal sambil memikirkan mangsa2 yang bakal di pau oleh dd. hahahaha..kijam.

Ari Isnin malam dd tengok Avangers. memang terbaik la korang. Cerita 145mnt, x terasa lamanya.huhu.enjoy!!!.. Nampak?? mmg melupakan terus persiapan kawen ni, punye frust sbb duit da melayang.hahaha. tapi semalam sempat jugak teruskan progress untuk prepare jar untuk doorgift!!Omak!!
30hari je tinggal. Cuaknye saya. Kad kawen belum mula diedarkan untuk kawan2. huhu

Sekian untuk hari ni...mood: masih frust. So entry ni x bergambar.mcm tu pun boleh

Monday, 23 April 2012

Bunga Telur

Hi sweetie


Short entry sahaja mengenai vendor bunga telur untuk wedding dd. dd tempah kt classmate masa study dulu. Bunga telur tisu. Nak buat sendiri x gigih kot. Theme da tentula purple-putih. Bunga telur dari incik debab beli je. Harga affordable. Sape2 nak tempah leh la tengok2 kat blog dia ni. sharifahsyifa

Jar Doorgift

Assalamualaikum wbt.
Hi sweetie sume, Mulai hari ni kebuzian dd telah dd kurang kan(buat2 x bz la maknanya). huhu.ape2 jela labu. entry- entry yang bakal menyusul ni
ni semua akan berkisar pada wedding thing, vendor and DIY.

Ni nak cerita pasal doorgift. Macam entry b4 this dd da penah mention pasal doorgift in the jar, with home made cookies by dd, inspired by ex b2b kina and few more ex b2b yg dd jumpa from google. Thanks to kina la sbb bgtau mana nak dapat vendor untuk jar yang murah. Rata2 tempat yang dd pusing such as nilai 3 and Semua house, jar bulat mcm ni berharga dari RM0.80-RM1.40.

makanya dd decide gigih nak carik vendor yang murah, n luckly i found KINA's blog. and she suggest Quality Pack. Memang murah dan berbaloi2. 
didi beli jar macam ni:-
250gram dengan harga:-

RM0.50/pcs
white cap RM0.19/pcs

Total RM0.69sen


Berpeluh mencari kedai dia.rupenye2 terletak betul2 kat deret depan karaoke kat Jalan Puchong yang dd slalu g masa zaman jahiliah dulu.hahahah.memang rasa nak menyumpah seranah pun ade. Sebab slame ni main g je karaoke tu xtau pun nama tempat tu Jalan Puchong Mesra. Tapi lega finally jumpa jugak kedai nye. Actually dd nak botol yang paling kecik tapi out of stock, so terpaksa ambik botol ni. Niat dihati nak botol yang ni:-

tapi harganya mahal sket. xde la mahal sgt. RM0.80/pcs kot. tapi dd kan pengantin budget,xpela ambik je mana yang mampu. So start this week kene memulakan misi membasuh, mengering dan menghias. 2 weeks before wedding kene bertungkus lumus buat cookies. Nasib da biase buat dalam kuantiti yang banyak.(Bisnes time raya). So rasanya boleh struggle kot. Chaiyok2 to me.


Tuesday, 17 April 2012

I'm back on the track!!

hi si darah manis dan si ibu2 cute sume.
miss u all. poyo x tajuk entry, bajet retis nak annouce2 bagai. hahaha.
finally can blogging as normal back. Penat sangat kerja yang banyak. Semput nak kejar dateline.
Sekarang ni masih banyak kerja, tapi masih boleh curik masa, sempat lagi la kata orang tu. hehehe.
Cerita terbaru dd. sementara dd away haritu dd sempat jugak soping2 ape2 yang patut. Takat ni pending list dd da makin menyusut.

Pending to buy
1) Bedsheet
2) Doorgift
3) Baju Bertandang(kene beli siap mcm x sempat nak tempah da)
4) Langsir bilik dd (tukar lain lagi bile soulsis bg new idea)

Tinggal ni je. Tapi still berat sbb doorgift n bedsheet tu mmg gigih dd carik xde yang kenan. Idea doorgift yang  sebelum ni mungkin x kesampaian disebabkan kekangan masa dan bebanan keje, hari2 dd balik malam, bilenye dd nak buat cookies. (sedih!!)

Bedsheet, sshnye nak carik in bajet and yg mcm dd nak. kalo ade yang mcm dd nak over budget lak. Bagi B2B yang high budget boleh singgah kat sini usha2 cadar pengantin. Memang cantik2.Actually ade jugak yg below budget range harga 400-600 cume x kene ngan tema dd. so kengkawan yang nak usha leh la try survey2 kat sini.

Seahorse Enterprise:

42, Jalan Chow Kit (Tel: 03-40431327)
16, Jalan Chow Kit (Tel: 03-40428821)
21, Jalan Melayu (Tel: 03-26989428)
12, Jalan Hang Kasturi
53 & 55, Lebuh Campbell, Penang (Tel:04-2618614)
65 & 66A, Jalan PSK Satu, Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah (Tel: 04-7728701)


Website dia xde plak. Sorry la yeah. So hujung minggu ni dd akan teruskan pencarian mencari bedsheet and doorgift.

Incik debab turun kl minggu ni. 1st date in 2012. waaa gile gigih carik duit baru perasan tahun ni kami x date lagi. wink wink. hati berbunga riang.This will be our 1st and last date as engaged couple. Lepas ni akan tukar kepada halalan toiyyiban..lagi syok wooo.hahahaha

Thats all for today. see u all again.daaaa

nota kaki: rindu nak blogwalking kat blog b2b sume. tapi mcm x sempat jugak harini.

Tuesday, 10 April 2012

happy public holiday!!!

hi si manis semua
hari ni mesti xde entry wordless wednesday dari u alls kan. Since hari ni public holiday..fuh lega rasanya dapat rehat.weekend aritu x rehat lansung. tapi ni pun ambik kesempatan g shopping barang2 hantaran dengan soulsis tersayang. mesti sayang2 semua pun ambik kesempatan untuk buat persiapan ape yang patut sempena cuti ni kan. Especially macam b2b yang da sangat dekat majlisnye like Kikin, Dira, Dhiera, Ecah, Zimmie. Huhu. Happy prep!!

Ni wordless pic from me:)


Thursday, 5 April 2012

Rubber Stamp!!

hi..arini dd nak share pasal rubber stamp. Ape perlunya rubber stamp?ape fungsi2 nye untuk b2b.
Fungsi untuk b2b yg ekonomi mcm dd ni, mmg 2 in 1 la. asalnye dd tempah rubber stamp untuk cop atas doily paper, ganti kan tq tag. Lebih murah dan ekonomi. Tapi bile da siap tetibe dd tambah 1 lagi function rubber stamp itu. Apakah dia???
Rubber stamp saye
Design rubber stamp dd sangat simple. Hanya ada nama dd n nama incik debab, xde tarikh, ucapan n so on. Kos pembikinan hanyalah RM10. Tempah dimana? Di SS15 kedai deret 7e blakang Tylor College. x sempat nak ambik nama kedainya. Tapi deret tu memang banyak kedai yang buat rubber stamp.

mcm ni je??
Ye. Mcm ni je designye. n sekarang ni dd gunakan untuk cop sampul2 kad kawen bagi nampak lebih menarik. Sebab dd x tempah printed envelope. Kene bayar lagi 0.08sen per piece. Hehehe.Saya kedekut.
So hasilnye mcm ni la.
Envelope kad
Xde la nampak kosong sangat envelope nye. huhuhu. So saya amat puas hati. Dd pilih stamp pad warna hitam je, sebab senang nak matching color. Tapi lepas tu nyesal, patutnye beli purple mesti lagi cantek. Tapi xpela da siap pun.huhu.

Sekian untuk harini.

Nota kaki: Kad kahwen da siap.nnt reveal. Bz sgt this week.

Wednesday, 4 April 2012

HIV Test: DONE!!

Assalamualaikum wbt


Buat sahabat2 bakal2 pengantin dan juga sahabat2 blogger yang sentiasa sudi membaca blog dd yg tah hape2 je ni.huhu.sayang korang.


Entry today, of course da ade progress berkat kegigihan didi.kikiki. Semalam dd g wat HIV test kat Klinik Kesihatan Kuala Kubu Bharu. Prosess yang mudah je. G klinik, bawak skali form Pej. Agama Negeri, nanti kat klinik dia akan bagi form yang sama tapi Kementerian kesihatan punya. Then isi borang, hantar kat lab, tunggu nombor, kene suntik, dalam 10mnt lepas tu da tau result. Of course mine are Non Reactive.Kalo reactive dia akan maklumkan kat kita n waris kita. InsyaALLAH semoga kita dilindungi dari penyakit maut tu. Mungkin bukan kita kene jangkitan tu sebab sikap kita sendiri(we all know kan). Ade yang berpotensi kene sebab pemindahan darah. Didi penah operate dan kehilangan banyak darah, mujur family sendiri yang derma, so tak la takut kene macam2 penyakit. Mintak dijauhkan. Amin...


So legal documents da ade progress. Tunggu incik debab dapat izin dari Pej.Agama Johor je. yeyeye..cepatla settle sakit otak ni. hehehe

Saturday, 31 March 2012

2 month before; Checklist

Ceklist saye...masih pening...huaaaaa



For Hantaran Incik Debab to me:-

1) Telekung -  Done
2) Handbeg - Done
3) Shoes - Done
4) Tafsir Quran
5) Perfume set
6) Cup cake/macaroon -
7) Buah - last minute
8) Sirih Junjung
9) Mas kahwin

For Hantaran me to Incik Debab:-
1) sport shoes(optional)
2) Perfume set
3) Shower set
4) Baju - done
5) Wallet/belt- done
6) Buku Ilmu - done
7) Sejadah - done
8) Cup cake- 
9) Buah
10) Coklat
11) Sirih junjung/tepak sirih.

For khatam quran:-
1) Yassin as doorgift
2) Baju and Tudung - Done

For nikah:-
1) Rantai batal air sembahyang
2) Cincin for incik debab
3) Bunga telur me & incik debab
4) Custom made invitation card for family
5) Baju nikah (p) - done
6) Baju nikah(l) - done
7) MUA - done
8) Legal documents - in progress

For Walima
1)Wedding card - assume done expected to ready by 2/04/12
2)Doorgift 
3) Pelamin - Done
4) MUA - Done
5) Doorgift vvip
6) Hardcover guestbook   assume done expected to ready by 2/04/12
7) Candy buffet
8) Wedding/birthday cake
9) Canopy  - done by PAPA
10) Kasut custom made - ready n collected
11) Baju melayu incik debab- done
12) Homestay - Done taman idaman &Taman Jaya
13) Catering - Done
For Bertandang:-
1) Outfit
2) Doorgift - Done
3) Bunga Telur - Done

Others:-
1) Set bilik tidur - Done
2) Set cadar
3) Hiasan bilik tidur
4) Signage for candy buffet/guestbook corner
5) Podle flower for baju nikah
6) Fancy paper for hiasan.
7) Centerpiece flower - by sis aina
8) Gubahan hantaran to incik debab - Done
9) Gubahan hantaran to me