Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday, 31 January 2012

February Muncul Lagi

Hai all...best x tajuk entry..kikiki..tajuk je gempak, isi xde pun.huhu.waaa tinggal less than 4 months for our wedding. Dub dab dub dab...skrg ni malas nak pk pasal preparation, ape yg perlu n mampu telah disiapkan.lepas ni tunggu dapat duit hantaran pulak.ade duit senang nak soping.yehaaa... 

Juz nak share tahun ni gaji naik lebih dari last year, alhamdulillah rezeki kawen..suke2 thanks bos wlpn gaji dd x smpai market value lagi, dd tetap hargai.tp sbb x naik mcm yg diespect makanya dd terpaksa memulakan misi mencari kerja untuk selepas kawen nanti. Gaji x smpai 2k, jauh nak berulang dari Pasir Gudang ke Nusajaya, ade rezeki kalau dapat kerja dekat gaji sket pun xpe. Sbb x penat.semua faktor kene diambil kire.Kalau bujang lagi lainla.Tapi apepun sehingga bulan 6 dd tetap berkhidmat sepenuh hati untuk company ni. Bcoz i love working here. 

This week kami nak holiday ke Pulau Tioman,sgt teruje wlpn tengkuk telah terseliuh dan amat sakit sejak 2days a go. Family day to Tioman..dapat relax2 sempena cuti 4hr.Banyak halangan kami nak wat family day ni, resort full la, budget x cukupla...dan mcm2 tapi alhamdulillah mmg rezeki geng2 kami utk g bercuti ke Tioman, lega aku jadi jugak kalo x rugila kalo postpone ujung tahun. Hehehe.So akan bertolak Jumaat malam n stay kata Paya Beach Resort.Tengok review mmg nice hotel, berbaloi dengan harganya.


Tempek sket gambar yg aku curik dari website dia. hehehe.Tunggu next entry akan tempek gambar kami nye Family day lak.

Monday, 30 January 2012

Ciri-ciri pasangan sejati

1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua
pasangan akan mencapai titik yang maksimum.


2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila
anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka
anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.


3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak
melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap
romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.


4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda
bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda.
Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.


5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan ..??


6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan
apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?


7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana
pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?


8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka .


9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa
jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.


10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas, Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.


11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan
tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang
maksimum.

Kenalan, Kawan dan Sahabat

Sepanjang perjalanan hidup kita selaku manusia kita berpeluang berkenalan dan mengenali banyak orang. Orang-orang ini pada amnya dapat dikatogeri kepada tiga kumpulan:
Kenalan, Kawan dan Sahabat.


1.Kenalan (Known):
Orang-orang ini adalah mereka yang kita kenali nama atau ingat nama mereka namun kita tidak rapat dengan mereka. Perhubungan adalah berputar sekitar
"Hai atau Hello" lalu berjabat tangan dan bersoal-jawap beberapa soalan dan meminta diri. "Bah, minta maaf, saya ada urusan. Sampai jumpa lagi. Ok, bye..." Pendek kata,
kita saling mengenali tetapi tidak rapat dan tidak merasa apa-apa meskipun tak berhubungan sekalian lama. Kerana mereka tidak mempangaruhi dan tidak menyentuh hidup kita.
Tidak ada kerinduan untuk bertemu. Tapi kalau terjumpa secara tiba-tiba berteguran juga. Namun tidak dapat bercerita panjang. Macam mau cepat-cepat pergi saja dengan alasan
ada urusan. Rasa seperti tidak enak bercakap lama-lama. Kalau dibawa pergi makan dan minum pun tidak mahu. Pasti menolak dengan alsan sudah "baru juga makan dan minum nii."
Inilah yang dikatakan orang-orang yang kita kenali namun tidak rapat. Tetapi bagi orang-orang yang tiba-tiab kita jumpa dan mereka masih mesra dengan kita, mereka inilah
yang dikatakan kawan atau "Companions".


2.Kawan (Companions):
Mereka ini adalah orang-orang yang bersama-sama dengan kita terutama sekali semasa bersekolah, atau menuntut di pengajian tinggi atau sama mengikuti
kursus atau latihan untuk suatu aktiviti. Malah sama sama membesar dan bersukan seperti bermain bolasepak. Dimasa-masa tersebut kita rapat sekali tetapi bila dah tamat
sekolah, atau pengajian atau kursus dan masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kehidupan sendiri maka perhubungan itu menjadi renggang. "Lost contact" dah. Walau
bagaimana pun kalau terjumpa dikedai atau dimana-mana pasti panjang cerita. Disamping meluangkan masa untuk makan dan minum. Inilah yang dikatakan kawan. Pendek kata,
jarang-jarang berjumpa tetapi kalau tiba-tiba berjuma pasti ramai juga! Kisah-kisah lalu terungkit kembali. Kisah yang manis dan lucu pasti menjadi bahan percakapan. Tapi
apa yang jelas ialah kawan biasanya tidak "keep in touch" dengan kita. Tetapi bagi beberapa orang yang "stay in touch" dengan kita meskipun pun tak selalu tetapi mereka
tetap bertanya khabar sekali-sekala, orang-orang seperti inilah yang dikatakan Sahabat atau "Friends."


3.Sahabat (Friends):
Orang-orang yang kita kenali dari dulu lagi sampailah sekarang. Meskipun tak selalu berjumpa tetapi rapat. Kalau ada apa masalah seperti merekalah yang
kita cari dan mereka sedia membantu. Dan kalau ada keramaian seperti perkahwinan mereka pasti kita jemput. Walaupun tidak selalu bertemua namun sekurang-kurangnya ada
beberapa kali bertemu didalam setahun. Misalnya pada hari-hari perayaan. Mereka pandai datang sendiri ke rumah atau tiba-tiba muncul dihadapan rumah kita. Kalau berjumpa
pasti panjang sekali cerita dan makan bersama. Mereka ini kalau mendengar kita ada masalah besar mereka pasti datang dan memberi bantuan meskipun kita tidak meminta. dan
mereka ini juga tidak meminta-minta daripada kita. Mereka iklas dan jujur didalam persahabatan.Inilah yang kita kenali sebagai sahabat sejati atau "best friend."


Memang banyak sekali orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun bukan semua orang boleh dianggap sebagai sahabat. Sebenarnyanya kebanyakan ynag kita kenal sekadar
menjadi kenalan dan kawan sahaja. Walau bagaimana pun, samada seseorang itu sekadar kenalan atau kawan atau sahabat, perkara ini terserahlah kepada kita untuk menilai
orang-orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun kalau kita telah berjanji kepada seseorang bahawa kita akan menjadi sahabatnya selama-lamanya maka kita ada kewajipan
untuk membukitkan janji kita ini. Jangan hanya manis dimulut sahaja tetapi dihati lain-lain. Pendek kata, bersahabat biarlah selama-lamanya.

Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia Ialah kerana Adanya Mazmummah di dalam Hati

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini
jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa
mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan
hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. ( ini kes
dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.
Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu
tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana
dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak
selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak
diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. ( mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki
sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. ( yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya
sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan m engurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati
cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan
dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya
bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat
mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya...

Kasut Walima

Hai all!!!

Untuk walima dd decide nak custom made shoe sbb payah nk carik yg btl2 mcm dd nak. Since i found one online bridal shoe shop in FB. I decide to custom made it same material with my future husband baju melayu. Since harga yg ditawarkan sangat berpatutan. Semalam dah beli kain extra kat Jakel. Khas utk buat my shoe. Waa sgt mengada2. Tapi bila compare ready made and custom made price a light a same, better i custom made walaupun sbnrnye dah ade dalam pakej pelamin. Untung mak andam i byk barang i x ambik. Huhuhu.Sbb kat mak andam tu dia suruh pakai kasut color dark brown which is color of my dress beaded only. Color of my dress are dark purple+maroon.(or most known as kulit manggis). My mummy favourite color. So da decide nak hantar kain ni kat kak sofea by this week. Sape2 nak mencari tu. Ni link fb dia; http://www.facebook.com/kasutpengantin

nak yg mcm ni

or myb mcm ni. tukar beading dia kepada gold.




Sunday, 29 January 2012

Kasut Nikah

Tadaaa...nk tempek sket kasut nikah saya yg tinggi 3 1/2 tu..hahaha xleh bla pandai x ai jalan nnt taktau la saye. Jangan tersadung nnt sudah. Nasib nikah malam so x pakai lama sgt.sekadar buat syarat.silap2 aku sauk selipar jepun je nanti. 
From Cleef

Cleef
Ni la kasut nye .Kasut paling murah dalam sejarah. Beli kat jusco je that time. X sangka ade happy hour less sampai 80% n ni last pcs yg tinggal n betul2 my size, so i juz grab it. Silver with small diamonds..sweet je. Sure lepas kawen xkan pakai dah.hahahaha

Kad Kawen

Hai...arini mood didi baik,rasa nak mengupdate blog entry by entry based on checklist.hehehe

So as informed..kad kawen done! yehaa..tempah kt Nazifuddin tunang nana..harga murah saje..RM0.19sen/psc +0.08sen/pcs sampul bercetak.kalau xnak sampul 0.19sen je dgn sampul biase. sgt affordable. So sape2 yg mencari tempah kat page ni. http://www.facebook.com/butiknazlina2

Didi juga tempah, penunjuk arah RM5.90 je sekeping, and juge banting..RM25 je.So total below RM450.00 seperti budget awal.hehehe.x sabar nak tunggu kad siap.

Friday, 27 January 2012

bila cinta berbunga

125days to go...

hahaha.tajuk entry xde kaitan,kebetulan dok dengar lagu siti buh tajuk tu jela.kiki.
dup dap dup dap..lama x lama dah...so scare..byk lg preparation x buat lagi.huaaa...tekanan..tp maintain cool.

So this weekend what should i do..nak listkan dlu ape yg x buat lagi..eceh mcm byk je yg dah buat.tp rasanya xde progress pun since December aritu.huhu.

Main agenda: nk beli barang2 gubahan hantaran since nak gubah sendiri and juga yg dari lelaki kepada aku akan digubah oleh my soul-sis, sista aina..tp mslh kami kekangan masa nak keluar shopping sama2 since she's married with 1 child.so commitment family on weekend,slagi boleh taknak kacau. Hari ni ade plan nk mengular tp x berjaya sbb kak aina demam lak.hahaha.so postpone to next good date. 

Then this weekend plan nk carik tudung nikah, tudung sanding, and kain untuk kasut. kasut custom made tempah dekat salah sorg akak kt fb, nnt i paste fb dia. Tudung nikah n sanding masih x dapat2 lagi, wlpn sblm ni dah beli tp x puas hati sbb masa tu g cari with en.debab, terkejor2 masa, esok nk ajak my bff cik zaty teman, hope dia cuti. huhu.

Next kad kawen... tempah online je melalui tunang member masa kat kolej dlu. Design simple n sweet.harga sgt murah, 0.19sen je sekeping kalau tempah 1000pcs. murah2.budget asal aku RM400 keats untuk kad kawen, dah dpt yg murah n cantik, on jela.kad vip myb akan beli di bandung n print sndiri.depends on masa n budget.heheheh

Doorgift: asalnye nak bagi makanan je.macam org dolu2, nama pun ai org kg kan..huhu..tp tetibe mummy cakap, ala ank mummy sorg je gurl, xpela kita wat lebih sket asalkan jangan membazir,  so byk doorgift nak kene carik ni.. untuk akad nikah, utk majlis khatam quran, and untuk kenduri..huaa..fenin saye.

Baju khatam quran: baru je order tadi kat butik nana, tunang dia jual kad kawen, dia lak ade butik pengantin n baju2 yg sgt gojes.luv this baju kurung modern. Simple n nice. sape nk beli leh order kt butik dia ni. Eceh siap promote ni nana, kene bg less lagi la. http://www.facebook.com/butiknazlina2 . baju nye adela...jeng jeng jeng....



100% aku curik gmbr dr butik dia.


Hurm...what else???ha..guestbook...since kak aina bakal menaja candy buffet makanya saya akan menyediakan guestbook rekaan sndiri tp sebenarnye dicilok dari idea blogger lain..sorry ek tiru..hahaha..kalau menjadi bleh la open tempahan untuk kwn2.hahahaha...tapi skrg ni masih mencari supplier hardcover yg cantik simple n sweet...

ape an lagi...ngak bisa fikir..sbb otak ni dok pk nak g Pulau Tioman je..yeye next week family da company ke pulau tioman.huhu..suke2..tp x besh offismate si mak buyung xkan dapat join sbb tu tarikh dia due..semoga selamat semuanya..dah nak jd mak rupenye awok ye cik odah.


Sekian selamat berhujung minggu..huhu


Monday, 23 January 2012

Tahun kawan2 berkahwin

Hahaha..i'm back to write an entry regarding wedding again. But today i want to write about my friends wedding. Tahun ni merupakan tahun dimana most of my classmate when i'm in Techsis especially getting married. Saje je nak buat senarai semak jumlah kawan2 klas PKA 1 2002/2003 yg dah kawin. Smlm menghadiri perkahwinan bakal Guru graduan UPSI/UiTTHO iaitu Pn.Nida n pasangan. Selamat pengantin baru Cikgu Nida.hehehe. Tempek sket gambar yg sempat la aku capture. Masa sampai tu da abes bersanding n makan beradap. Gambar ramai2 pun ade dkt fotographer nida jela.Harap2 dia post kat fb nnt. 
Pn.Nida yg makin kurus tp maintain cun

Theme merah putih

Pelamin sgt sweet

i love her pelamin damn much.sgt sweet mcm pengantinnye. huhu.Simple n nice. My favorite.
Ok now time aku nak wat senarai semak classmate PKA 1 Techsis yg telah menamatkan zaman bujang dan yg bakal2 menamatkan zaman bujang, tu pun mana yg aku tau la yg x bgtau xtau la jwbnye. 

Meh tgk list jap:

1) Kak Nini;now dah jd mummy for 2 child.
2) Ecah; now hilang kemana xtau la xde update kt fb lg.huhu
3) Jijan; 1st boy yg kawen dalam kelas kami. Past ni xtau sapa nk kawen.
4) Hirza; baru je kawen end of last year.
5) Shima; ketua dorm saye, kawen same date ngan shima rasenye.
6) Maya; dak pelik yg merasmikan tahun 2012 dengan perkahwinan beliau.Kepelikkannye lum ilang lgk.hehehe,jgn marah maya.
7) Nida; baru kawen smlm.Entry bout her wedding.
n next????

8) Dilla;wedding in March 2012
9) Aku kot hahahaha...

.
.
.
.
.
.
.
.
10) Ketua kelas azrul kot. xtau la saye, ahahaha..so ade more than 20 person lg lom kawen.
dak2 PKA ni mmg suke kawen lambat kot.huhu

Sunday, 15 January 2012

Misi Mencari Homestay

Hari ni 15/1/12(ahad) 137 days to go!!

Misi hari ni g survey homestay utk rombongan pengantin lelaki nanti. Bertemankan driver peribadi merangkap
the one and only, my younger brother..kami pun memulakan misi.

Area 1st yg dituju;

1) Taman Seri Setia, taman seberang jalan je ngan taman kami, 

a) Kameel Homestay@ Jalan Merbau; 0133426571/0133916855. Price xtau lg, rumah jenis old type single banglow nmpk besar myb ade 4 bilik. So esok baru mulakan misi utk dapatkan harga.SOLD OUT

b) Homestay Kak Nek @ Jln Merbau jugak, x jauh dr homestay 1st, type rumah yg sama. Price xtau jugak. Sok baru call.

2)Taman Ros, taman dekat2 gak la ngan taman seri setia'

a) Homestay Finoza@No. 3A; 0165609680/0165609698. En.Zaimi. Rumah double story myb ade 3 bilik. 

b) Homestay Rest house Taman Ros; Mr.Su. 0195962869. 1 unit banglow with 6 room and 6 bathroom. Price Rm428. Nmpk bgs tp kene tgk rombongan pengantin lelaki brapa org. Kalau yg ni ambik 2 rumah dah dkt RM1000.00. tp rumah amat selesa. Mmg 1st option ni. Tunggu mr.debab confirmkan rombongan beliau.

3) Taman Teluk Intan; jauh sket la. myb jadi option terakhir utk menempatkan fmly n kwn2 dr jauh. 

a) Homestay Lorong Cempaka @ No.3; 0195962869

4) Taman Perkasa, blkg taman kami je.sgt sesuai utk jdkan resthouse utk my relative dr India. hahaha.ni survey 3in 1 ni. utk rombongan lelaki, fmly n kwn2 jauh. Senang sket

a) Huslina Homestay No.2 Jln Perkasa; 0135844638. RM170.00

So far berjaya dapatkan 4 area ni. Esok time utk call to get a price. Then bandingkan harga and location, next month confirm booking, kene booking awal sbb clash ngan byk majlis kawin.

ps: x smpt capture gambar sbb malas kluar dr kereta.hahaha

Friday, 13 January 2012

National Agenda

Wa..today my blogging mood are really high. Since this morning i had attend an inspection with Engineering DBKL, which is part of my job as Technical Assistant for C&S consulting firm. I really enjoy my work since more than 4 years i join this firm. Learn so much thing which never learn when I study in college. Basically, people said, we will learn more on field rather than theory. 

So to my engineering friend, i juz want to share something that i recently involved which make me extra buzy. 
Few week a go, my company had called by Malaysia Productivity Cooperation(MPC) which assign by government to study about construction permits in Malaysia. We are selected due to our project under DBKL authorization that's involve us to dealing with DBKL. MPC had select DBKL as their case study since from their finding, dealing for construction permits facing critical problem when comes to local authority, as an older local halls in Malaysia. (DBKL was 1st local authority set up in Malaysia-info for who dunno). 

For ur info, Malaysia was ranked at 113/183 for  CONSTRUCTION PERMITS. This ranking given by world bank for economies ranking, check this http://doingbusiness.org/rankings

We r ranked at 18/183 for ease to doing business, beaten by our neighbor Singapore which is at 1st rank and Thailand at rank 17. For dealing with construction permits, Singapore was at 3rd rank, which is 110 better than us. Why this happen??

1) Birokrasi
2) Number's of authorities to deal
3) Human attitude
4) Government policy.

this 4 main reason really affected our construction industry, so that what is the better way to improve our rank from that hundred numbers to become a single digit number??

MPC still doing their research, I'll attend meeting with them on this coming 19th Jan. Will updated the outcome after that meeting and presentation. This is good opportunity for me  as young technical person to expose with this.

Pelamin saye!!

artis visual
 So far, pelamin saye lebih kurang mcm ni la.color n tema serta design, cume ni pelamin nikah sy tukarkan jd pelamin sanding, x perlukan pelamin nikah sbb rumah sempit. So kerusi nye ditukar kepada kerusi sampan. hope cantikla hendaknye hasil kerja kak ton. Ni pelamin paling murah  sy dapat. Harga RM800.00 daripada Heisya Wedding Boutique Bandar Baru Teluk Intan milik Kak Ton yg duduk 1 taman ngan sy.

Wink2..5 months to go

wa...jap je.aritu rase cam lame je lagi nak kawin. Ni tinggal less than 5 months..omg!!im not ready yet to
change my surname.ahahahah..padahal dlm hati(oh teruje!!).

Updated my wedding date fixed!!..Alhamdulillah finally, harap2 xde aral melintangla. Nikah on 1st June 2012& Walima 2nd June 2012(bersamaan dengan hari kelahiran sy yg ke26). Woweee teruje nye saye.

PREPARATION???
meh2 cek jap ape yg da wat ape yang belum.

So far;

1) Catering= verbally done for walima. By Pakcik Nan Padang Tembak. RM8/sekepala.Not bad price, tp kalo kt area aku pakcik nan ni mmg top la sbb lauk dia sedap. So nak puaskan ati tetamu2 yg datang dr jauh n dekat apesalahnye.So far budget dlm 1400 jemputan. Konsep hidang, ala2 kg sket la.nak suh org rewang xde org nak rewang. So amek katering ala2 rewang sket.

2) Khemah/kanopi = blum lagi, job telah diserahkan kepada ayahanda tercinta.

3) Pelamin+make up= done! Kak Ton bandar baru. Memang mak andam yg kepochi, best borak ngan dia. Total pakej RM1,100.00 sbb x ambik baju,juz make up n pelamin+akesesori. Dah byr deposit dah,so kire deal la ek kak ton.

4) Kad Kahwin = lom lagik.since date baru je confirm. Myb akan ambik kat Naz bakal suami Nana.

5) Baju Melayu (lelaki)= Info dr en.tunang, mak dia x anta jahit lg. so aku plan next month bile nk g wedding Layla kt Jb nk collect skali la baju nye. Abes nak tangguh2 sampai bile.

6) Hantaran (L)+(P) = Pending perfume je. yg lain semua dah ade.Gubahan hantaran x beli lagi

7) Borang nikah, HIV test, Kursus kawin. = semua belum.hihihi.

8) Doorgift = x de idea lagi, Blurr

9) Bunga telur = x beli lagi

10) Cadar = x beli lagi
11)DJ/PA system = done. pakcik auw batu 20

12) Homestay = dah survey confirm booking on March kot

ape lagi ek..lupe2..blank.nnt ade penambahan akan updated.

Friday, 6 January 2012

January 2012

Pejam celik pejam celik dah 6/1/2012 bersamaan dengan hari jumaat.
Secara teorinya hanya tinggal 5 bulan je lagi aku bakal menamatkan zaman bujang.
huaaaa...scary mary lak.

So far persiapan aku berjalan lancar berdasarkan ceklist2 yg telah disedia kan oleh laman web ni.
http://www.setelkahwin.com/. 

Aku rasa mcm teratur je persediaan aku.xde la blur x bertempat.lg2 aku ni yg 1st bakal kawin. xde experience handle majlis kawin dlm adik beradik sndiri.selama ni dok tgk cousin2 jela.

Baru dapat berita kemungkinan akan ade 2 lagi wedding our big family. My cousins daughters will get married soon. Omak jgn clash tarikh ye. Ank2 buah ku bg auntie kawen dlu ek.hahahah.

Sad thing are, until today Mr.debab family not call my parent yet to confirm our wedding date. Sedihnye, org dok psyco2 suh stanby kad kawen cepat2. Even unformal date mmg da ade, tp yela mak ayah aku kuat pegang adat, diaorg lets guy side yg buat keputusan. But sedihnye en.debab x faham pun keadaan aku.Semua lengah2 sabar2. tension sgt. aku malas nk pressure bab2 ni nnt jd gaduh. org kata nak2 kawin ni benda kecik leh jd besar.

Sedihnye...end of my post.