Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah its near 11 months i become a wife to most beloved husband in the planet (Of cousela da dia sorg je husband aku kan). 11 bulan yang sangat mengajar erti cinta, kasih sayang, kesabaran, tolak ansur dan pengorbanan. Fasa 1 tahun pertama insyaALLAH kami akan lepasi dengan jayanya. Tapi mampukah aku melalui fasa seterusnya dengan rasa bahagia dan cinta yang berbunga2 didalam hati. entahla.Hanya pada Allah aku berserah. Semoga ada rezeki dan cahaya yang akan membahagiakan hidup kami berdua. 11 bulan berlalu x penah sekali pun ada positif result walaupun samar2. sedih tapi tetap positif.berdoa agar Allah makbulkan doa kami. Mungkin belum rezeki kami.
Cakap-cakap sumbang..??? itu lumrah yang terpaksa dilalui. aku pasrah, mujur setakat ni kedua belah keluarga masih memahami keadaan kami. Masih memberi kata2 semangat. Keterujaan??? Kadang2 aku takut lihat pengharapan yang terlalu tinggi diletakkan oleh sang suami. Kadang2 aku stress bila tiap2 bulan dia akan tanyakan soalan yang sama. kalau 6 bulan sebelum ni aku x rasa apa2. sekarang perasaan sensitif tu cepat sangat singgah. cepat sangat air mata tu bertakung. ANAK...siapa yang x mahu rasa jantung berdegup dalam rahim ini. tapi belum tiba masanya mungkin. Aku positif bila dikelilingi orang2 yang punya masalah yang sama dan telah lama hadapinya. malah masih bahagia hingga kini. Aku positif, xnak putus asa. Amalkan makan suppliment, berurut dan sebagainya. Moga doa kami, doa ibu bapa kami akan termakbul jua suatu hari nanti. Amin.