Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Thursday, 27 September 2012

Masih belum honeymoon

Tengok tajuk pun u all da tau kan ape dd nak ngadu ni. Huhuhu. Cedih...sepatutnye kami bercuti di Terengganu lepas wedding haritu tapi hubby telah membuat2 lupa pasal voucher hotel yang adik dia hadiahkan. Makanya ianya telah burn. So percutian idaman di tepi pantai sehingga kini masih belum kesampaian. Dd ajak dia g Tioman, pun dia kata nanti dulu. sekarang tengah bz. Bosannye.nak holiday nak holiday...!!!
ni dah x kire honeymoon dah. Sebab da jd pengantin basi pun ye.hahaha. Cume dd ni mmg travel lover. So i wish i can go to somewhere and spend time with him. Dd fall in luv with Island actually. Teringin nak g Sabah, tapi budget and masa belum mengizinkan. So azam 2013, lepas je settle majlis abg dd.akan aku usahakan untuk bercuti jauh2...Korang2 yang dah g honeymoon sile la suggest Island yg besh for me. Tioman dd dah tau n mmg really fall in luv with it. 

Wednesday, 26 September 2012

Many Words on Wednesday

Assalamualaikum wbt

Salam rindu buat semua sweetie2 dd. Miss u all as always. Dah lama rasanya didi berhenti mengarang panjang2 meluahkan apa yang terbuku diminda ini. Sejak bergelar isteri orang kununnye. Bz sangatla kesahnye.Hahaha.x la x bz pun.Banyak nak cerita n nak ditaip tapi ade je halangannya. Kadang2 teringat kat blog masa tengah drive la, tengah mandi la, alih2 berazam nak tulis tapi lupa jugak. Nak buat mcm mana penyakit lupa menyerang kembali. Hahaha.

Arini korang baca la celoteh dd smpai lebam. Ade ke yang nak baca? ade je kot walaupun dd menulis x besh pun.kadang ayat pung tunggang langgang kan? hahaha. Redha jela anda mempunyai teman seperti saya.
Sekejap sangat masa berlalu. Dd da selamat melalui fasa 3 bulan pertama perkahwinan. Alhmadulillah, fasa bulan madu yang sangat indah, sangat membahagiakan dan semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat kami. Begitu jugakla doa didi pada teman2 seangkatan samada ex-b2b mahupun b2b.

Gembira sangat bila baca entry2 ex b2b 2012 yang mana melalui fasa awal perkahwinan dengan macam2 cerita. Terutamanya yang memperoleh rezeki anak dengan cepat. (bunting pelamin kot org ckp). sangat tumpang bahagia. Dd, kalo dlu sblm kawen mmg xde plan nk ank cepat2, tapi bile da kawen dan melihat keterujaan incik debab, dd pun jadi sama mengharap. Malangnya sehingga kini belum ada tanpa2 seperti kawan2 yang lain. Think positif, baru 3 bln relax la.ramai lagi yang da lama kawen pun belum ada rejeki. InsyaALLAH.mungking Allah lebih mengetahui mengapa masih belum ada tanda2 itu. Usaha2 telah dimulakan. dd da start makan asid folic since bln 7, then da few time pergi berurut. Lepas ni kene lipat gandakan usahakot.hahaha. Nak bercinta puas2.hehehe. 


Sejak dok jb ni keje nye hampir tiap2 malam merayap dengan incik debab bile incik debab keje shift pagi. sonok woo..bln depan dia da start keje opis hour.makin panjang ar kaki kami. hahaha.sebab tu dd gigih berbisnes. Harap2 kawan2 dapatla support bisnes dd. Aaznur. Thanks to blogger Nisa yang merealisasikan kata2 beliau bahawa beliau akan membeli perfume dengan dd. I luv u dear.hehehe.
JB is awesome town i tell u. Mula la jap lg org2 jb nak bangga kan.hahaha. But pd dd kl tetap menang kot. I miss my pass day damn much. Lamanye x jejak kl. Hahaha. 

Kehidupan sebagai isteri berjalan seperti biasa. Masih cuba addaptkan diri dalam keluarga in law. So far x penah ade masalah. MIL pun sporting orangnya. Gaduh dengan husband tu perkara biasa, so far x penah berpanjangan. Always missh him.hahaha.gedik!!

Rumah selepas kahwin?? X banyak lagi yang berubah. Tp da banyak masuk list untuk perubahan. Tunggu duit jatuh dari langitla. Hahaha. Awal2 kawen, 3 bln pertama ekonomi agak semput since ari2 merayau kejenye. Bln ke 4 masa untuk stabilkan ekonomi.hahaha. InsyaALLAH semoga Allah murahkan rezeki kami. Amin.

Kampung halaman- sangat rindu. da sebulan lebih x balik since lepas raya aritu. Raya 1st harusla di Perak kan. Raya Haji pun insyaALLAH kt perak nanti since abg dd nak tunang. Ye ye nak dapat kakak ipar. Baru abes penat kenduri dd. Lepas ni standby la penat untuk kenduri abg dd lak.ye yeah.. sukenye. Aritu x puas nak handle majlis sendiri. kali ni senang sikit. sbb dah ade experience and bukan sendiri yang kawin. kikiki.

okla nak cite banyak lagi. Tapi masa mencemburui. Nak balik umah. Malam ni nak kuar dating lagi dengan incik husband!bye2


Santapan mata: Masala tosey@mustafa centre Singapore


Friday, 7 September 2012

Dosa Dalam Perkahwinan- Kreadit to myibrah.com


Sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?
Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari. Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.  Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini. Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak “jika” untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak. Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah dapat pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
“Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua.”
Ada juga yang berkata:
“Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin.”
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu perlu ditanya pada diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan? Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat.” - (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
“ Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa.” - (Surah Thaha: Ayat 132)
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini. Ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
Aku nikahkan Dikau ……  dengan anak ku ….. 
Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”
Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang.  Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa. Wallahualam.


Thursday, 6 September 2012

WeddingReview: Official OP

Assalamualaikum semua
Seperti yang dimaklumkan. OP dd adelah adik dd sndiri. Kenapa dd lambat update. Sbb dd yang uruskan page utk Mr. OP ni sebagai bayaran kepada dia yang menaja photography wedding dd sepenuhnya. huhu.Bijak kan dia. Adik dd ni baru berjinak2 jadi OP sebelum ni dia ambik gambar suka2 untuk belajar. So far belum banyak projek dia. Since Jun smpai skrg ade 3 wedding yang dia handle. Gambo wedding dd jela yang dah siap. Sebab yang dua lagi baru berlangsung last week. Nanti dd update. 



Sape2 nak review boleh la usha page baru kami. 

Untuk pengantin budget yang mahukan hasil yang baik pada harga yang rendah boleh contact dd. Terutama pengantin2 belah2 utara. Blogger2 akan dapat best price ever. So pengantin to be especially di Perak, tunggu ape lagi. Contact2 la dd eh. bye2

Tuesday, 4 September 2012

Wedding Review: Hadiah Kahwin

Masih mood raye kan korang2.
Dd ni da 3 bln kawen baru sebok2 nak update pasal hadiah kawen. Memang best sebenarnye sebab dapat bnyak sangat hadiah kawen, n banyak yg sangat berguna. Sabtu lepas dd n husband buat open house, so byk la kegunaan hadiah2 kawen kami ni utk majlis open house tu. Itu pun ade lebih separuh lagi kat perak.

Since rumah husband lepas kawen dd masuk mmg cuci kaki je. Hampir lengkap sepenuhnya. Set sofa, tv, meja makan, peti ais, mesin basuh, set bilik tidur.Alhamdulillah semua dah ade. Memang saya agak bertuah.




Ni la ruang tamu and ruang makan serta dapur rumah kami. Masih kekurangan kabinet dapur.Akan diusahakan dalam masa terdekat.Hehe.

Hadiah-hadiah kawen yang dd dapat, antara yang dd ingat;

1) yang paling besh, Microwave
2) Multi cooker
3) Penapis air
4) Water dispenser yg ala2 kat opis tuh.
5) Jam ade 4 bijik
6) Periuk nasik 4 bijik jugak
7) blender 2 bijik
8) Karpet
9) cadar - 2set
10) Buku panduan perkahwinan 3 buah
11) Lesung batu
12) Iron 2 bijik
13) Set periuk ade 5 set
14) Frame 6 unit
15) Cawan dan Jug 8 set
16) Set pinggan mangkuk 3 set
17) Barang hiasan 4unit
18) Set pisau
19) Tempat penyangkut kunci
20) Al-quran mini
21) Album gambar 2 unit
22) Dapur memasak

Tu je kot yang takat dd ingat. Banyak hadiah berulang. Tapi sangat menghargai buat semua yang memberi.
Paling x sangka dapat banyak periuk nasi. Nampak sangat dd kene rajin masak lepas kawen kan.hahaha