Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Showing posts with label me my life and i. Show all posts
Showing posts with label me my life and i. Show all posts

Tuesday, 10 September 2013

Rindu+BZ+Malas+Hobby+Suke

Assalamualaikum wbt

yuhuuu lamanya x menulis. tah ade lagi entah x yg sudi baca.
huhu

rindu dunia blogwalking dulu2.
rindu preparation kawen
rindu segala-galanya

kejapnye masa berlalu
hampir setahun 1/2 bergelar isteri.
banyak yang ditinggalkan
banyak pulak yg baru dipelajari
alhamdulillah
moga semua dipermudahkan.

ramai jgk b2b seangkatan bakal dan
dah jadi ibu.
tahniah kalian!!
semoga selaganya dipermudahkan.

bagi yang senasib.
jangan putus asa
insyaALLAH ada rezeki untuk kita.

aktivity harian
makin bz dr dlu
kalo dlu hanya keje + on9 shop
kini weekend bz dgn project candy buffet
alhamdulillah
permulaan yang mendapat sambutan
moga ada rezeki kami dalam bidang ini.
insyaALLAH.

insyaALLAH lepas ni akan rajin update.

kata penutup
doakan kami
doakan palestin
doakan syria
doakan mesir
doakan kesejahteraan seluruh umat islam
moga kalian berbahagia
amin.

Tuesday, 23 July 2013

Ramadhan 14

Assalamualaikum wbt

hi sister sume

lama dd menyepi
rindu tp mood menulis agak kurang.
nak kata bz tu xla,juz rasa xda apa nak share
ni pun sbb boring sgt xtau nak buat ape.

how u all life now?

tahniah pada geng xb2b yg seangkatan dgn dd.
mostly da dpt baby kan and ade yg tengah counting day.
thousand of congrats
doakan my turn will come.

kehidupan harian?

alhamdulillah. still enjoying 13 month of married life.
ini ramadhan kali ke 2 as a wife
sangat bahagia
dapat masak untuk husband
since kami mmg jarang membeli
biar simple asal air tangan sendiri.

sekejap je kan puasa tahun ni.

pejam celikpejam celik da nak 1/2 bulan berpuasa
abes minggu depan jap je nak raya.

persiapan raya korang mcm mana tahun ni.best kan yg

dapat beraya dgn org baru tu. huuu wish next year will fill same.
persiapan dd tahun ni kene spend extra budget sket.
nak cat balik rumah. sbb rumah hubby tu da buruk.sejak beli 6thn lepas x penah cat.
huhu.
tahun lps bajet byk lari kat kereta yg asyik wat hal.
tahun ni insyaALLAH ade kot.
tp x beli pon cat lagi.
tunggu bonus incik boss bile tah nak bg ni. huhu.
selain tu utk umah dd bajet langsir baru and karpet baru.
ala beli yg ready made je. x sempat dah nak tempah.
huhu

tema raya tahun ni?

tema rumah warna kelabu.
tema kami berdua belum ade lg.
hahaha xde mood shopping lg.
mood skrg bisnes je.
jualan baju raya tgh laris,
so dlukan bajet niaga je,
ari2 ade customer dtg umah tgk baju.
huhu. alhamdulillah.
rezeki.

okla 

sampai sini je
cat u all later
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
ecehhh awalkan
senang sbb lembab hapdate belog ini.

Wednesday, 5 June 2013

HAPPY ANNIVERSARY FOR US!!!

yuhuuu!!! 1hb June 2013 telah berlalu.sekejap je masa berlalu dah setahun i become a wife to my beloved encik debab. luv u so much hubby.

thanks kerana melengkapkan hidup dd. thanks kerana menjadi teman suka duka gaduh tumbuk bagai utk dd.
moga ikatan kami kekal hingga ke jannah. Amin.

kami celebrate anniversary juz dengan makan2 biase je kt restaurant. hadiah?? da dapat awal sebulan dari incik hubby. he brought me new car.waa bunyi gempak kan.?? belikan juz bg downpayment. monthly kene bayar sendiri.hahaha.tu pun da cukup bersyukur. Alhamdulillah.

finally kami akan honeymoon this week!!!!yehaaa!!!lama sangat x holiday!!!later i update hokeh!!!

daaaa
luv u all

dd doakan semuanya happy2 selalu.



nota kaki: 1st time pakai baju sedondon.slalu warna sama.ni stail sama.huhu.

Sunday, 21 April 2013

Its 11 months as a wife

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah its near 11 months i become a wife to most beloved husband in the planet (Of cousela da dia sorg je husband aku kan). 11 bulan yang sangat mengajar erti cinta, kasih sayang, kesabaran, tolak ansur dan pengorbanan. Fasa 1 tahun pertama insyaALLAH kami akan lepasi dengan jayanya. Tapi mampukah aku melalui fasa seterusnya dengan rasa bahagia dan cinta yang berbunga2 didalam hati. entahla.Hanya pada Allah aku berserah. Semoga ada rezeki dan cahaya yang akan membahagiakan hidup kami berdua. 11 bulan berlalu x penah sekali pun ada positif result walaupun samar2. sedih tapi tetap positif.berdoa agar Allah makbulkan doa kami. Mungkin belum rezeki kami. 

Cakap-cakap sumbang..??? itu lumrah yang terpaksa dilalui. aku pasrah, mujur setakat ni kedua belah keluarga masih memahami keadaan kami. Masih memberi kata2 semangat. Keterujaan??? Kadang2 aku takut lihat pengharapan yang terlalu tinggi diletakkan oleh sang suami. Kadang2 aku stress bila tiap2 bulan dia akan tanyakan soalan yang sama. kalau 6 bulan sebelum ni aku x rasa apa2. sekarang perasaan sensitif tu cepat sangat singgah. cepat sangat air mata tu bertakung. ANAK...siapa yang x mahu rasa jantung berdegup dalam rahim ini. tapi belum tiba masanya mungkin. Aku positif bila dikelilingi orang2 yang punya masalah yang sama dan telah lama hadapinya. malah masih bahagia hingga kini. Aku positif, xnak putus asa. Amalkan makan suppliment, berurut dan sebagainya. Moga doa kami, doa ibu bapa kami akan termakbul jua suatu hari nanti. Amin.


Friday, 29 March 2013

A story of Cincin + Lipstick + kulit yang licin

Assalamualaikum wbt

Yuhuuu my sweetheart. Berbulan2 rasanya x menulis, blog pun dah bersawang. bukan takda apa nak di share kan. bukan bz tahap menggunung, juz hanya menjadi pemerhati dari jauh. Dd masih aktif mengikuti perkembangan ex b2b and b2b. 1st of all congrats to my dear Nisa Dawi yang akan join kelab kami x lama lagi. Semoga semuanya berjalan lancar. Kalau percutian dd ke Gambang akan menjadi kenyataan maknanya i'll attend her wedding.

kejap x kejap dah 10 bulan dd kawen. but i feel i'm still newly wed's. Everyday i miss my husband damn much. huhu.rasa dah makin dalam sayang tu. Tu la nikmatnya when feel a real love after become a halal couple. Semoga jodoh kami berpanjangan.

harini dd nak borak2 kosong je. xde ape sgt nak cerita tapi tetap nak cerita jugak.ahak!! as u all know. i kan kepochi sket.hahaha. Last Wednesday dd teman hubby dd beli hp baru. hp lama dia dah layak campak laut je. after few internet survey, dd suggest kat dia ambik Samsung Galaxy Grand. Price affordable and function agak baik. Galaxy grand ni juz launch by Samsung 2 weeks a go. Ia dikatakan anak kepada Samsung Note. Function sgt similiar to Note. Best jugak la pakainya. Price RM1200. Ori set. Tapi beli kt authorize dealer x beli kat Samsung Kiosk sbb kat kiosk x dapat nak tawar harga. Fix price. x best.huhu

Ok, after incik hubby got his hp,lalu depan kedai emas. dd pun rengek2 la kat dia. nak new ring since our engagement ring misplace. i really cant remember where i put it. hahaha. hubby pun agree to buy a new one. dd request nak white gold. and he give me small budget only. kudukut punya incik hubby.dia beli hp mahal, kite punye suh beli murah2 je.hahaha.tapi xpela as long as i get what i want.hahahah.finally x sampai 5 minit pilih. i got mine!!

taraaa!!!abaikan jejari yg itam n gemok itu
honestly dd sangat excited coz it's 1st time ever i have white gold ring!!! yehaaa...hubby cakap hadiah anniversary 10month. adoi mcm tu pun boleh eyh? so suppose he gifted me every month since our wedding.hahahaha. sayang my incik debab. macihhhh...

ok tutup cerita about ring, dd nak storey about genchu lak... baca betul2.apakah itu?? untuk pengetahuan u all dd bukan jenis rajin make up, but i'm obsess to buy a lipstick. dd mmg suka lipstick sbb bibir dd sangat cepat kering. So pantang ade new lipstick, i'll try it. Brand dd paling suka??? ooo bukan chanel becoz i'm not affordable to buy it frequently. hehehe. dd slalu pakai lipstick revlon and estee lauder. kalau estee lauder suke beli yang plated. sebab ade macam2 color. and nice color. tapi masalahnya selalu lipstick xkan tahan lama bila sapu kt bibir kan? cepat sangat hilang. malasnya nak touch up banyak kali. So last month dd ternampak iklan revlon with their new lipstick variant. (cita da basi baru nak cerita harini).hahahah. Revlon color stay namanya. So gigihla dd g beli, kat Watson je pun. price kalo x silap dalam RM35 only. And tadaaa.... its work!!mmg berkesan, memang color stay. tp color dia x byk choice ade 7 color je x silap dd. 
but mmg x mengecewakan. I'm really happy to have it. xyah sapu tebal2. memang tahan sampai malam. even masa mandi kene sapu pakai ubat gg untuk hilangkan.ahahaha (patutnya ade lipstick remover tapi dd x beli). 
ini dia my beloved lipstick
and next story dd today pasal my skin. ni bukan promot product juz wanna share what i feel after i try this product. as i had story earlier, dd ni mmg ade sensitive skin problem. Kulit muka berminyak and cepat sangat tumbuh jerawat dalam kuantiti yang banyak. Sebelum ni dd amalkan makan Vitamin C pahang pharma 1000mg. Alhamdulillah with less cost i get best result. Then after that dd di offer untuk menjual Maixara C Sential  iaitu vitamin C yang mengandungi collagen and gluta. Memang terbaik. X sampai sebulan dd makan,(non consistently) i get healthier skin. Jerawat dah x naik. pori2 dah mula mengecil and some say my skin become fairer. Oh my!!! My husband also admit it. Bukan je skin muka, but badan sekali. Sebab sebelum ni ada masalah jerawat blakang badan yang memang susah nak hilang.Sekarang ni tinggal nak kecilkan pori2 and licinkan kulit. Sebulan dua lagi i'll update it. Its really good supplement.Sesape nak order boleh drop to my fb shop. Aaznur Shoppie. Ada best promo untuk pembelian harini and esok. 
 
Maixara C Sential price RM99.90 free postage and free black mask 5pcs

Aura white price RM150 free postage, free shaker, free 3d masker and free black mask 5pcs. 







Wednesday, 5 December 2012

Tetibe rasa sebak

Assalamualaikum wbt

hi beloved sweetie semua. This few day dd sangat cepat sensitif...tetibe rasa sebak bila baca entry kawan2 yang dah preggy, yang going to deliver, yang menghintung hari... Ya Allah Kau lah yang maha kuasa. Moga kau murahkan rezeki aku juga untuk memperoleh zuriat sendiri. This month its already 6month i become a wife to my beloved husband. Serius sangat cepat masa berlalu sampai x sedar sudah setengah tahun berlalu. Kehidupan rumahtangga yang sangat membahagiakan walaupun adakala agak mencabar. Moga Allah kekalkan jodoh kami di dunia dan akhirat. 

Soal baby...pasangan mana yang xnak baby kan. dd sangat mengharapkan nya. Setakat ni dd berusaha g berurut, amalkan makan makan asid folic dan vitamin C. tapi mungkin rezeki belum berpihak pada kami. Dan mungkin juga kerana kesibukkan masa slalu wrong timing.hahahaha. dan mungkin juga didi punya masalah sebab didi ade senggugut yang agak teruk. So far cek klinik, klinik suh tunggu after 1 year. So dd pun ikhtiar sendiri. Selain tu..slalu2 la berdoa pada Allah kerana Dia yang maha menberi segalanya.

Antara doa2 yang boleh diamalkan ialah.:-

1. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 38, surah Ali-Imran 

credit: resipirahsiaku


Yang bermaksud :
“Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa”

2. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 89, surah Al-Anbiya

credit: resipirahsiaku

Yang bermaksud:
Dan Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhan-Nya dengan berkata:“WahaiTuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi”

Selain daripada berdoa, anda dan suami turut dinasihatkan untuk membanyakkan SEDEKAH , PUASA SUNAT dan QIAMULLAIL dalam usaha memperoleh cahaya mata.

Sunday, 11 November 2012

My life super duper BUZY

assalamualaikum wbt

dear my all sweet reader. Missh u all. Rindu tulis entry everyday mcm dolu2. But ape boleh buat masa xkan diputar kembali.eceh!!hahaha. sekarang ni dd sangat bz mengatur hidup. Macam2 misi and tugasan hendak dilaksanakan. But tetap buat step by step. 

Macam dd penah cerita b4. Abg dd nak kawen dah telah selamat bertunang 4.11.12 haritu. Sekarang counting days nak nikah pulak. Ikut discussion family, tarikh dia dalam awal bulan 3 kot. So x sampai 4bln je lagi nak siapkan semua. Dd punye task of course la banyak. Buat hantaran, buat doorgift, hias bilik pengantin, uruskan kad kawen.dan segala yang berkaitan la.Ni la padahnye mak beranak sket sangat. hehehe. Penat kenduri sendiri belum hilang lagi, now kene sambung penat kenduri abg pulak. Xpela janji dapat kakak ipar. hehehehe. 

Idea hantaran untuk abg didi belum ade dalam otak lagi. Mungkin jugak ade gunakan barang2 recycle dari majlis dd. Sebab tema kenduri abg dd warna coklat/krim. So hantaran dari incik debab kepada dd yang warna gold tu mungkin boleh digunakan semula. Tukar bunga je kot. Haha.Jimat kos. Sbb hantaran 100% ditaja oleh dd. waaa..gitu. Doorgift lagi la xde idea. Pls gimme idea u alls. pening ni. Masa kenduri dd pun last minit baru decide doorgift. Nampaknya sejarah akan berulang kembali. Hohoho. Set cadar n langsir nasib dah settle. 

Another thing yang buat dd bz gile adelah kegigihan berniaga online. TQ pada yang support. Buat As and Cik Susu yang ade pm dd kat fb. Mintak maaf sangat2. baru semalam perasan msg u all sebab dia masuk dalam hidden massage. sori sori sori. Buat Semua B2B and ex B2B yang nak kan kulit yang cantik dengan harga yang mampu milik. Cuba lah vitamin C organic ni. Dd dah mengamalkan sendiri. n mmg berkesan. Sapa2 nak order boleh jengah fb dd. Aaznur Shoppie. Selain vit C ade macam2 product lain yang sesuai untuk semua. Boleh la jengah2 ye.

Selain itu, dd bz meneruskan hobi jelajah JB bersama incik hubby. Hari2 keluar. Minggu ni lagi best sbb banyak public. kalau kesempatan dd akan update pasal LEGOLAND MALAYSIA. tungguuuuu

Banyak nak tulis tapi keje menimbun atas meja. Will be back soon.

Daaaa...love u alls

Tuesday, 30 October 2012

Ya ALLAH kekalkanlah rasa cinta ini dihati kami

Assalamualaikum wbt 

Harini genap 5 bulan didi menjadi isteri kepada encik debab. Rumahtangga ada pasang surutnya. Begitulah kami. Masing2 masih sedang berusaha untuk menerima pasangan seadanya. Syukur sangat dikurniakan suami yang memahami. Walaupun agak baran, tapi incik debab slalu mengalah. Banyak persamaan kami memudahkan kami melalui hari2 mendatangkan. Yang tak sama tu masing2 berusaha untuk terima dan x jadikan benda tu sbagai masalah. 

Didi share sket ek aktiviti dd sepanjang jadi isteri ni. hehehe.So far x banyak beza pun dengan masa zaman bujang. kalau dulu malam minggu keluar lepak dengan kawan2. sekarang malam minggu keluar lepak dengan hubby n kawan2 dia yg agak sporting. So far dd kamcing dengan wife2 kwn hubby and they also very supportive. Mean dah ade bff baru disini. kire xde la rasa bile dtg jb dah xde kawan.hehe. 


Sebelum kawen dulu didi penah terlibat secara serius dengan dunia perlumbaan kereta. zaman2 final year n after grad. Sebelum kenal hubby lagi. Minat dd n hubby mmg banyak persamaan. Dd mmg suke sukan2 extreme ni. Kereta, motor, superbike. Oh my favourite. Kalo dulu slalu turun tengok budak2 race or drag kereta. Lepas kawen rupenya makin ligat. Hubby dulu bekas pelumba haram negara. hahahaha.rosak2. dd pelumba halal ye. So malam minggu boleh plak sebok g tengok orang berlumbe. 
geng bini2 sempoi
2 orang tu wife kepada kawan hubby yang kini jadi bff dd pulak. ade sorang lagi sepatutnya tapi dia x dpt join. Memang havoc kalau dah berjumpa. Rosak2.

Selain lumba, hubby dd rayban crazy. Dulu dd x minat. Sangat old school rasanya. Tapi bila dah terjebak. dah tau beza Ray Ban kat kedai speck ngan Ray Ban yang hubby minat, didi lak yang over sekarang. Siap jadi penjual plak tu. Kalau dah bisnes minded, semua nak diniagakan.hahaha.
terjebak layan rayban

Satu lagi hobi kami yang paling ketara adalah jalan2 dan makan2. Hubby yang beriya2 nak diet x penah kesampaian sebab isteri dia kuat ngidam makan macam2. (mengidam sebelum mengandung pun dah dasat kalo ngandung nnt xtaula. ) Ape yang bestnye JB ni banyak sangat tempat makan yang best2 sedap2 and murah2. nanti dd rajin dd review satu2. Waaa...x pasal2 blog ni jadi blog makanan lak. hahahaha

Sup Kg Paser Puteh Pasir Gudang


Steamboat & Tauhu Bakar @ Dataran JB


ABC @Kg Melayu
Dating waktu petang @ Puteri Harbour 

Shopping kasut @CS JB

Semoga kasih sayang dan kebahagian kami berkekalan. Rumahtangga kami peroleh berkat. Begitu jugak doa dd buat kawan2 semua. Semoga kami peroleh zuriat yang soleh dan solehah. Menanti dengan penuh pengharapan. InsyaALLAH doakan kami. Amin2 ya rabbalalamin. 

Thursday, 4 October 2012

Updated!!!Perfume perfume perfume for sale!!!


DD buat SALE
KHAS UNTUK BLOGGER2 TERSAYANG!!!
off RM10 UNTUK SETIAP BOTOL PERFUME!!!
END 12.10.2012


Yuhuuu 
hai darling2 semua
Are you perfume lover?nak beli perfume x?
meh order dengan dd.
i sell original branded perfume with less price.



Add shop dd kat fb eh. 

Wednesday, 26 September 2012

Many Words on Wednesday

Assalamualaikum wbt

Salam rindu buat semua sweetie2 dd. Miss u all as always. Dah lama rasanya didi berhenti mengarang panjang2 meluahkan apa yang terbuku diminda ini. Sejak bergelar isteri orang kununnye. Bz sangatla kesahnye.Hahaha.x la x bz pun.Banyak nak cerita n nak ditaip tapi ade je halangannya. Kadang2 teringat kat blog masa tengah drive la, tengah mandi la, alih2 berazam nak tulis tapi lupa jugak. Nak buat mcm mana penyakit lupa menyerang kembali. Hahaha.

Arini korang baca la celoteh dd smpai lebam. Ade ke yang nak baca? ade je kot walaupun dd menulis x besh pun.kadang ayat pung tunggang langgang kan? hahaha. Redha jela anda mempunyai teman seperti saya.
Sekejap sangat masa berlalu. Dd da selamat melalui fasa 3 bulan pertama perkahwinan. Alhmadulillah, fasa bulan madu yang sangat indah, sangat membahagiakan dan semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat kami. Begitu jugakla doa didi pada teman2 seangkatan samada ex-b2b mahupun b2b.

Gembira sangat bila baca entry2 ex b2b 2012 yang mana melalui fasa awal perkahwinan dengan macam2 cerita. Terutamanya yang memperoleh rezeki anak dengan cepat. (bunting pelamin kot org ckp). sangat tumpang bahagia. Dd, kalo dlu sblm kawen mmg xde plan nk ank cepat2, tapi bile da kawen dan melihat keterujaan incik debab, dd pun jadi sama mengharap. Malangnya sehingga kini belum ada tanpa2 seperti kawan2 yang lain. Think positif, baru 3 bln relax la.ramai lagi yang da lama kawen pun belum ada rejeki. InsyaALLAH.mungking Allah lebih mengetahui mengapa masih belum ada tanda2 itu. Usaha2 telah dimulakan. dd da start makan asid folic since bln 7, then da few time pergi berurut. Lepas ni kene lipat gandakan usahakot.hahaha. Nak bercinta puas2.hehehe. 


Sejak dok jb ni keje nye hampir tiap2 malam merayap dengan incik debab bile incik debab keje shift pagi. sonok woo..bln depan dia da start keje opis hour.makin panjang ar kaki kami. hahaha.sebab tu dd gigih berbisnes. Harap2 kawan2 dapatla support bisnes dd. Aaznur. Thanks to blogger Nisa yang merealisasikan kata2 beliau bahawa beliau akan membeli perfume dengan dd. I luv u dear.hehehe.
JB is awesome town i tell u. Mula la jap lg org2 jb nak bangga kan.hahaha. But pd dd kl tetap menang kot. I miss my pass day damn much. Lamanye x jejak kl. Hahaha. 

Kehidupan sebagai isteri berjalan seperti biasa. Masih cuba addaptkan diri dalam keluarga in law. So far x penah ade masalah. MIL pun sporting orangnya. Gaduh dengan husband tu perkara biasa, so far x penah berpanjangan. Always missh him.hahaha.gedik!!

Rumah selepas kahwin?? X banyak lagi yang berubah. Tp da banyak masuk list untuk perubahan. Tunggu duit jatuh dari langitla. Hahaha. Awal2 kawen, 3 bln pertama ekonomi agak semput since ari2 merayau kejenye. Bln ke 4 masa untuk stabilkan ekonomi.hahaha. InsyaALLAH semoga Allah murahkan rezeki kami. Amin.

Kampung halaman- sangat rindu. da sebulan lebih x balik since lepas raya aritu. Raya 1st harusla di Perak kan. Raya Haji pun insyaALLAH kt perak nanti since abg dd nak tunang. Ye ye nak dapat kakak ipar. Baru abes penat kenduri dd. Lepas ni standby la penat untuk kenduri abg dd lak.ye yeah.. sukenye. Aritu x puas nak handle majlis sendiri. kali ni senang sikit. sbb dah ade experience and bukan sendiri yang kawin. kikiki.

okla nak cite banyak lagi. Tapi masa mencemburui. Nak balik umah. Malam ni nak kuar dating lagi dengan incik husband!bye2


Santapan mata: Masala tosey@mustafa centre Singapore


Friday, 7 September 2012

Dosa Dalam Perkahwinan- Kreadit to myibrah.com


Sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?
Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari. Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.  Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini. Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak “jika” untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak. Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah dapat pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
“Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua.”
Ada juga yang berkata:
“Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin.”
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu perlu ditanya pada diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan? Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat.” - (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
“ Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa.” - (Surah Thaha: Ayat 132)
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini. Ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
Aku nikahkan Dikau ……  dengan anak ku ….. 
Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”
Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang.  Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa. Wallahualam.


Thursday, 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hi all sweetie pie

Kejap je masa berlalu kan, aritu baru mula puasa, hari ni dah hari ke 28. Camne persiapan raya? dd nye biase2 je.xde baju baru pun. Cut off budget since baru nak stabil lepas kawen. Ni la padahnye kawen dkt sgt ngan raya.hahaha. Cume tumpukan persiapan rumah je. Tahun ni rumah sendiri kan, for sure kengkwn hubby akan dtg beraya, so persiapan agak mantap la jugak, tapi still simple, x tukor langsir baru pun. Pakai je yang mak mentua da buatkan dulu.Langsir nanti2 la baru pk. Nak beli biar yang menang memakai. Huhu.

Buat kengkawan yang baru kawen tu, raya mane kome tahun ni?dd off course la perak. awal2 lagi hubby dah mengalah. Tahun pertama mmg wajib rumah isteri. Hehehe. Sukenya. Hari ni masih kat pejabat sampai tengahari. Kul 2 gerak balik perak. Semoga perjalanan lancar hendaknye. Doakan kami selamat sampai. Amin.Begitu juga doa dd buat sume yang akan gerak balik kampung. Semoga selamat pergi dan balik.

Okla buat kengkawan sume, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Jemputla datang beraya. Buat yang stay johor raya ke 7 dd buat open house. jemputla datang.hehe.

Tuesday, 17 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt


Hi my sweetie pie sume. 
Brapa hari je lagi kan nak menjengah ke bulan Ramadhan. Sayu rasa hati ni..taktau kenapa, tiap kali Ramadhan mesti akan rasa sedih macam ni..


Tahun ni 1st year akan sambut Ramadhan as a wife. Mampukah aku menjalankan tanggungjawab sebagai isteri solehah, xtau la teman. Mampu ke bangun sahur awal2 pagi sebab dd mmg ade syndrome kuat tido.hahaha. Sekarang ni pun Subuh je Incik debab akan kejut dd,kalo x mmg lewat2 la subuhnye.Isk2.dah kawen ni makin menjadi2.Isk2. Baru kawen incik debab redha.Lame2 nanti mesti menyampah.Hahaha. InsyaALLAH lepas ni mesti rajin.cewah.


hahaha. Korang2 yang baru kawen tu dah ready ke nak masak sahur untuk suami terchenta. Incik debab, sahur wajib makan nasik. Selamat datang ramadhan.


Selamat menyambut ramadhan al mubarak buat semua teman2. 

Wednesday, 9 May 2012

Jab We Meet




Setiap insan ade kisah dan pengalaman berbeza bagaimana mereka mengenali pasangan masing2.
Kisah dd ni mmg unexpected story yang akan berlaku dalam hidup dd. Dd kenal incik debab melalui housemate/officemate  (CIK S)dd yang merupakan schoolmate incik debab waktu sekolah dulu. Diaorg ni sekampung. Asalnya incik debab tengok gambar dd dalam FB dan kemudian risik2 dengan kawan dd ni.kawan dd cabar dia, suh gantle la kalo betul nak kawan dgn dd. Stakat fb friend dd approve je. Dd ni mmg malas sket layan2 org yg x kenal, tp sbb dia kwn kepada bff dd jgk so dd accept je la dia. Perkenalan kami kat fb mmg agak seram dan ganas.sbb dd ni mmg spesies kasar sket.mmg dari awal ber ‘aku ko ‘ je dengan incik debab. Walaupun dia tua 2tahun dari dd.xde nak bersaya awk bagai.hahaha.

Then dd ingat lagi 10/10/10, officemate branch jb kawen, dd ikutla Cik S balik kampong sbb nak g wedding member branch jb tu.Time tu la incik debab Nampak dd n main mata dengan dd.Tapi dd biasela time tu jual mahal.Lagi2 baru lepas putus kawan(bkn cinta x sempat nak bercinta lagi) dengan budak utara. So dd mmg da malas nak pk ape pasal long relation. DD kawan dengan incik debab pun as a friend.Sronok2 xde niat lebih n x terlintas langsung yg dia kawan ngan dd dia nak serius. Lagi2 dd memang pangkah orang johor.Amek ko tu yang aku dapat jadi stok laki. Punca pangkah sebab bf 1st org johor.hahaha.kijam.

So dari kat fb dia mintak no fon. Sebab dd ni kaki bisnes dan dia ni supplier terbaik barang2 motor dd agree bagi no. Tapi ke laut la. Satu bisnes x jalan tapi hari2 sms.hahahaha.

07/01/2011 incik debab turun kl. 1st time kitaorg dating.waktu ni x declare pun lagi. Mmg sempoi je. Tapi xleh bla dd pun xtau macam mana hati ni da ade bunga2 yang syok sama itu mamat. Tapi biase la kene la jual mahal. Biar dia yg propose. Masa incik debab nak balik JB dia pun propose dd jadi girlfriend dia. Dan paling dd suke kat dia, dia ngan gantlenye cakap bln 4 aku g jumpa mak ayah ko. Huaaa suke2.

04/2011 dd da x ngat date incik debab datang Perak. Memang fall in luv la kat mamat ni, baru skali date ko nak kawen dah dengan aku. Mean mmg serius. X macam skandal2 lama.opss… I like this type. Mummy ngan papa tanpa banyak kisah terus merestui hubungan kami. Mula la perancangan kearah yang lebih serius. Hati berbunga2 riang, tak sangka x percaya semua ada.

30/04/2011 dub dab dub dab..kami da lebih kea rah serius. Jumpa family incik debab lak sebab kebetulan my bff CIK S kawin the next day. Alhamdulillah hubungan direstui.

30/06/2011 pertunangan secara x rasmi, family incik debab datang merisik.. Syok gile bahagia waktu tu.

07/04/2012 – bertunang secara rasmi.tapi majlis yang sangat simple. Abg dd pun x dapat balik.ni pun unplanned ceremony.Asalnye nak buat majlis bertunang n nikah serentak, tapi papa dd suruh
permudahkan je.Nanti penat family laki nak rushing2, n penat family perempuan nak melayan tetamu.


Sepanjang tu kami slalu gak gaduh, perang2 hubungan PJJ kan.banyak la masalahnya. Tapi most problem from my side. Nasib la incik debab penyabar!!Sayang awok!!hehehe. Yang paling best percaya atau x, sepanjang kami kenal kami hanya berjumpa 7kali.Alhamdulillah, dd rasa kurang jumpa tu yang lebih membuatkan hubungan kami berkat. Sekali je yang 1st date tu je kami jumpa tanpa tujuan. Tu pun ade je member2 menyelit.Jarang dating berdua pun. Yang lain2 semua nya jumpa untuk urusan kawen. Dan 2012 adalah rekod terbaik, 6 bulan tanpa dating.hahahaha.tunggu sah jadi isteri datingla puas2.

22 days to go…untuk dd secara rasminya menjadi isteri kepada incik debab.ntahla macam x percaya pun ada. Berkat istiqarah dd, dd yakin ini jodoh terbaik dd,yang lain serahkan pada Allah dan usaha sebaiknya untuk menjayakan rumahtangga yang bakal kami tempuhi.

Azam dd untuk lupakan semua kenangan2 lama sebelum kenal incik debab. Terlalu banyak pahit dan manis dd lalui. Hanya hati ni je memahami. Walaupun sebelum ni agak ragu2 dengan pilihan sendiri, tapi dd yakin incik debab la yang terbaik untuk dd.kalau x xkan kami bertahan hingga hari ni. Sebelum2 ni dd kenal ramai orang, dalam proses mematangkan diri dd blaja menilai hati lelaki,sikap mereka dan perlakuan mereka, dengan tu mudah bagi dd menilai mereka, samada layak atau tak satu hubungan tu untuk pergi lebih jauh. X bermakna dd ni playgirl. Cume dd ni jenis suke berkawan.Dari situ dd dapat nilai. Setiap kawan dd punya sikap yg berbeza. Dan apa yang dd Nampak walaupun incik debab x kaya, x educated, rupa pun x ensem langsung.hahahahah.tapi hati dia ikhlas dan bersungguh2.harap2 dia istiqamah la dalam mencitai dd.hahaha..mcm tu pun bleh ek. Bleh la…pls pls pls…
Doakan kami ye kawan2. 

Thursday, 19 April 2012

sedih!!!

huaaa...sedihnye dating cancel!! incik debab kene kerahan tenaga oleh ibu beliau yang terchenta. Padan muka dia!! relax je x pk lansung preparation kawen. last2 kene kerah ngan mak suh bersihkan umah.hehehe.

Walaupun sedih dd ikhlas kan aje, sebabnya dd rasa mcm x manis je lagi 40hari je nak kawen, x perlu kot dating2 dah. huhu..

Mood: Redha..

Monday, 16 April 2012

DD away sebentar!!!

Hi sweetie...rindunya kat u all
lama rasa nya x update blog and blogwalking kat blog2 u all yg awesome tu..(lama ke?x smpai seminggu lagi).
hahahah.but i really missed u all n my blog. tapi apakan daya, bebanan kerja yang menghempap ke bahu menyebabkan didi xde masa untuk diri sendiri. Cewahhh... ni taip entry super laju untuk melepaskan rindu. Banyak sangat project baru this month.semput dd handle submission and design.mana nak layan kerenah2 authority lagi, kerenah client, super client, kerenah boss yg asyik outstation. Sangat penat!!dugaan nak kawen. Moga2 muka x naik jerawat yang banyak. Dd mmg ade masalah bile stress akan banyak jerawat.. huaaarghh..semoga dipermudahkan. Sejak officially engaged aritu, sampai hari ni x sempat sentuh bab kahwin lagi. Cume nye sempat beli gubahan hantaran je last week..
ok nak sambung keje balik. Miss u all.daaaaa

Monday, 9 April 2012

Make up n perfume Online

Hi syg2 semua...
Mcmana persiapan wedding korang? Dd, huru hara sket since masa yg tinggal da x lama n banyak lagi x prepare.Especially hantaran. Harini dd nak share, dd rasa ramai kan beli brang2 hantaran jenis2 make up/perfume/facial set. Dd nak share dengan korang 1 blog-shop yang offer original branded perfume/make up and facial set. Dd baru order set hantaran dengan dia. Sangat puas hati. Lagi2 org Melayu owner nya. Selalu blog-shop branded ni owned by non muslim. So i really proud with her kindness in entertaining customer. And suke bagi mcm2 free gift and less. Enjoy shopping with her. If i'm not mistaken she owned few blog-shop, but linked with this blog glamsberry. So sapa2 yang mencari set hantaran and set kegunaan harian tapi malas nak carik kat real shop. singgah la her blog. 

Nota: Saje promote, sbb dd suke deal dgn dia.:)

Tuesday, 20 March 2012

Ye ye result SPM da keluar!!!

Entry ini specially made for my beloved sis cik fara yang berjaya dengan cemerlang. Break the record in our big family which she succesfully score 10A and 1B+. We proud of u dear!! Moga Allah permudahkan urusan fara untuk dapatkan tempat di IPTA. Jadi ank yang solehah ok. Love u!!





Thursday, 15 March 2012

Bye2 Malaysia!!!

Hehehe sgt over tajuk entry ni kan.
hehehehe.
sebenarnye x sabar nak memulakan aktiviti mensoping di Bandung.

flight dd kul 6 pg ni...
see u all by next week.
Pray me selamat pergi n balik..
till now...daaaa


Thursday, 8 March 2012

Dilema Seorg Gadis......

huhuhu...salam sume..barakallah hendaknye malam ini.. entry ini muncul setelah dd melalui perang saudara mulut dengan incik debab! Kenapa?? Dilemanya hidup kita sebagai seorang gadis kan?Kenapa lagi?Hmm mungkin x semua/ramai yang lalui ape yang dd sedang lalui, tapi mungkin juga ramai yang cuba memendamkan dilema itu dan akan bertukar menjadi rancangan dilema wanita. ehh...ape yang aku ngarut ni daaa...

Gini kisahnya. DD anak gadis tunggal dalam 3 beradik, walaupun dari remaja da biase dok jauh dengan mak, x bermakna dd x rapat ngan mummy n papa, especially papa la, sebab dd nampak beratnya hati dia untuk melepaskan dd jauh dari keluarga walaupun zahirnya x begitu..mummy apa kurangnya..dd sekarang walaupun dok Selangor tapi nak kata dalam sebulan hampir setiap minggu dd balik kg. Selang dua hari wajib call mummy. Hati ibu mana x berat nak melepaskan anak kesayangan beliau pergi jauh dari dia.. tapi ni la hakikatnya bila kita dilahirkan sebagai seorang gadis. Mummy dari awal lagi da redha.Mungkin pengaruh adat dan budaya dari tanah tumpah darahnya dimana ada pepatah mengatakan ' anak perempuan hanyalah pinjaman kepada kedua ibu bapanya, sampai masa perlu melepaskan dia pergi mengikut yang lebih berhak'. Sebab tu mummy selalu cakap ngan dd nanti mummy akan sayang menantu dia (bakal kakak ipar dd)lebih dari dd. Sebab menantu dia akan jadi milik dia, dan dd lak akan jadi milik keluarga mentua..waaa sedih gile dengar, walaupun tau xkan la mummy x sayang dd lagi nanti.

Dilema yang dd lalui harini bukan sebab mummy atau papa, tapi sebab incik debab yang akhir2 ni sering menyakiti hati didi yang tulus suci ini. hahahah lebey suda.Tadi ade la borak2 dengan dia pasal transfer didi ke JB, dd ingat lagi janji dia dlu sebelum didi terima dia. Dia ckp kalau lepas kawen x kerja pun xpe,terpulang kat didi, tapi dd cakap ngan dia mcmana pun dd akan kerja, sbb penat kan da blajar beriya then x kerja. Then issue besar skrg, dd masih belum menghadap MD utk permohonan pertukaran ke cawangan JB. X sure lagi diluluskan atau x. Kalau x diluluskan mean dd kene quit n carik kerja baru. So dd ckpla dengan incik debab,x sure lagi akan pindah directly ke jb/x. Then dia boleh jawab, xpe kerja je la dulu. PJJ pun xpe. Sakitnye hati dd dengar, baik xyah kawen. Dd bkn wanita eh silap gadis yang suke membelakangkan keluarga demi kerjaya. Tapi bile ayat incik debab mcm tu dd jadi sakit hati, dd mengharap dia offer dd, xpela xyah keje dlu ke lepak2 rumah dlu lepas kawen then slow2 carik keje. (harap ayat tu je, walaupun dia suruh gitu dd xkan buat). perempuan ni kan penuh pengharapan,mengharap lelaki tu tunjuk kasih sayang dia. Da sedih skali. Ditambah lak cili lagi.

Di keluar ayat; suke la tu lepas ni dok Johor, dd jawab, ya ALLAH mmg x suke tapi sbb xda pilihan terpksa jugak la. Then dia kata kalau cinta kerana terpaksa baik xyah. Jawapan dd tu disalah ertikan. Susah ke lelaki nak paham, bagaimana perasaan dd yang slama ni sentiasa dengan keluarga n tetibe kene g jauh dari keluarga, dok jb nnt dah tentu xleh balik selalu. Bila dd ckp kat dia mcm tu dia belit2 lagi. Sakitnye hati ni. Dia tau berat utk dia tinggalkan family n kg dia, tapi dia x paham hati dd lak.


Mood: Down tapi sempat bebel panjang. Sekadar meluahkan kat u all my sweet friend.:(