Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Showing posts with label bilik pengantin. Show all posts
Showing posts with label bilik pengantin. Show all posts

Wednesday, 25 April 2012

Bride Room Curtain Idea

Hi si gadis darah gula semua...
hehehe.. dd nak share dengan korang, few days a go dd dok buat research melalui google la mencari idea2 curtain bilik pengantin yang moden, simple n sweet, found few design, and i fall in love with 1 design. Decide to follow it,tapi untuk bilik pengantin jela.langsir rumah color cream, so dd rasa boleh masuk kot. Nak share dengan u all gambar2 contoh yang dd jumpa. Fall in luv with 1st picture.:)


creadit to pic owner
source:google

source:google



Tuesday, 17 April 2012

I'm back on the track!!

hi si darah manis dan si ibu2 cute sume.
miss u all. poyo x tajuk entry, bajet retis nak annouce2 bagai. hahaha.
finally can blogging as normal back. Penat sangat kerja yang banyak. Semput nak kejar dateline.
Sekarang ni masih banyak kerja, tapi masih boleh curik masa, sempat lagi la kata orang tu. hehehe.
Cerita terbaru dd. sementara dd away haritu dd sempat jugak soping2 ape2 yang patut. Takat ni pending list dd da makin menyusut.

Pending to buy
1) Bedsheet
2) Doorgift
3) Baju Bertandang(kene beli siap mcm x sempat nak tempah da)
4) Langsir bilik dd (tukar lain lagi bile soulsis bg new idea)

Tinggal ni je. Tapi still berat sbb doorgift n bedsheet tu mmg gigih dd carik xde yang kenan. Idea doorgift yang  sebelum ni mungkin x kesampaian disebabkan kekangan masa dan bebanan keje, hari2 dd balik malam, bilenye dd nak buat cookies. (sedih!!)

Bedsheet, sshnye nak carik in bajet and yg mcm dd nak. kalo ade yang mcm dd nak over budget lak. Bagi B2B yang high budget boleh singgah kat sini usha2 cadar pengantin. Memang cantik2.Actually ade jugak yg below budget range harga 400-600 cume x kene ngan tema dd. so kengkawan yang nak usha leh la try survey2 kat sini.

Seahorse Enterprise:

42, Jalan Chow Kit (Tel: 03-40431327)
16, Jalan Chow Kit (Tel: 03-40428821)
21, Jalan Melayu (Tel: 03-26989428)
12, Jalan Hang Kasturi
53 & 55, Lebuh Campbell, Penang (Tel:04-2618614)
65 & 66A, Jalan PSK Satu, Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah (Tel: 04-7728701)


Website dia xde plak. Sorry la yeah. So hujung minggu ni dd akan teruskan pencarian mencari bedsheet and doorgift.

Incik debab turun kl minggu ni. 1st date in 2012. waaa gile gigih carik duit baru perasan tahun ni kami x date lagi. wink wink. hati berbunga riang.This will be our 1st and last date as engaged couple. Lepas ni akan tukar kepada halalan toiyyiban..lagi syok wooo.hahahaha

Thats all for today. see u all again.daaaa

nota kaki: rindu nak blogwalking kat blog b2b sume. tapi mcm x sempat jugak harini.

Tuesday, 13 March 2012

Bilik Pengantin 2

Kamar beradu raja sehari adalah antara elemen utama dalam majlis perkahwinan Melayu. Dahulu, sebelum hadirnya butik perkahwinan dimana kebanyakkan persiapan dibuat sendiri oleh pengantin, keperluan kamar beradu ini adalah antara persiapan yang paling awal dilakukan.
Cadar dan kelambu dijahit dan dihias mengikut kreativiti sendiri. Kini, kebanyakkan keperluan hiasan kamar mudah didapati di butik perkahwinan dan ianya memudahkan persiapan raja sehari.
Bagi pasangan raja sehari, kamar beradu ini membawa makna tersendiri dimana disitulah permulaan kehidupan sebagai suami isteri.

Untuk memberi keselesaan dengan suasana romantis, sebaiknya kamar beradu hendaklah dihias dengan fabrik-fabrik yang lembut dan ringgan serta diserikan juga dengan bunga-bungaan yang digubah indah. Hiasan terperinci seperti reben dan kalungan mutiara memberi kesan yang tersendiri pada kamar beradu.

Cadar dan sarung bantal sering menjadi perhatian dalam hiasan kamar beradu raja sehari. Sesetengah mempelai gemar pada cadar dan sarung bantal yang diberi perincian dengan sulaman serta manik. Manakala yang lainnya lebih meminati corak yang ringkas.
Apa jua menjadi pilihan mempelai, yang penting warna cadar itu haruslah sedondon dengan keseluruhan hiasan kamar beradu tersebut. Pemilihan warna yang sesuai akan memberi gambaran yang luas dan segar kepada kamar beradu raja sehari.





 Bilik Pengantin Didi

Set bilik tidur dd lebih kurang camni

cadar yg dicari

atau mcm ni.


simple n nice je.huhu.angan2.cadar pun x beli lagik,bile nak g serbu seahorse ni.haish..kekangan masa sungguh.

Monday, 12 March 2012

Bilik Pengantin

hye sume..baru 2hr dd x on9...rindu lak kt blog n all beloved blogger. 


Nak tau, semalam dd cuti, hari ni half day, bahana kerahan tenaga yang telah dilakukan. Buat ape? Lepas bilik stor siap, kene kerahan tenaga dengan mummy, susun segala khazanah beliau pada ari ahad. Penat gile, then angkut barang sume clearkan bilik pengantin, sbb tujuan asal ahad petang tu nak g order set bilik pengantin. Yehaaaaa...sgt suke!!!!!!!!!!!!!


Tapi ptg ahad survey2 kedai byk da tutup, since isnin dd mmg ambik cuti nak g wat passport, dd decide nak g tgk perabot lepas settle urusan imigresen. Tapi tetibe papa cakap, xyahla order perabot dulu, g beli cat n cat bilik. Ha?????? Omak mmg xde dalam agenda nak menukar warna bilik asal yg seperti ini:-
warna peach fav mummy
Walaupun warna bilik tu bukan warna fav dd, tp warna fac mummy sbb ni rumah beliau bkn rumah dd, tp masa tu dd set ok je xde masalah warna tu pun addapt je dgn tema, tetibe papa cakap, g la cat bilik ikut warna fav kamu. Then adik kesayangan lak bersuara, warna kelabu warna kelabu, aku taja. Dd mmg suke warna kelabu, so terus on lagi2 bile dengan dia nak taja. Hahahaha. Terus g kedai beli cat, gambar kat atas ni masa da siap kosongkan bilik and buat wall filling, tutup lubang2 yg terhasil akibat ketukan paku. 


So kerja-kerja mengecat dimulakan jam 5.30ptg hari isnin. 
Filler terbaik dari ladang

Mech.Eng aka Tukang cat??

Permulaan

hampir ke akhir, abaikan tgn yg panjang itu

finally

final!!
Xde gambar dd dalam ni, tapi dd terlibat sepenuhnya dalam kerja2 mengecat tapi sbb nye dd x menutup aurat, maka xde la gambar dpt dishare.huhu. Seronok rasanya, x sangka angan2 nak cat bilik pengantin dolu2 tercapai gak.Kerja-kerja disiapkan sepenuhnya jam 9.30mlm. Jap je kan, dd beli cat DULUX jenis minyak, mmg easy handling, kalo girl buat sorang2 pun xde masalah.


Seronok bilik dah siap.Tapi lepas tu mmg sakit badan, tu yang terus half day harini, jap lagi nak masuk keje dah. Nak g meeting lak. Tunggu entry seterusnya untuk perabot bilik tidur. Da beli jugak!!yehaaaa

Wednesday, 22 February 2012

Hiasan Bilik Tidur

Weee...arini mood menghapdate blog sampai lebam..sebelum balik keje nak hapdate pasal idea nak hias bilik tido..Since dd x amek pakej utk bilik tido makanya tanggungjwb hias bilik tidur jatuh ke bahu sndiri. I wish i have a simple and nice room. Like this:-

dream room
Back drop cat tukar color purple or other relevant color, cadar light purple. Sisi Kanan nak letak table lamp mcm ni:-

table lamp


Sisi kiri letak vase with 3pieces of white roses:- 

vase 
Then kat wall tu nak letak frame mcm ni:-

frame
Tapi nak carik white color frame. Dekat kepala katil xleh deco sbb bilik ade tingkap. So ade langsir.langsir tu akan diselitkan purple flower in single piece. Harap menjadi.Wish me luck.