Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Showing posts with label Wedding review. Show all posts
Showing posts with label Wedding review. Show all posts

Thursday, 6 September 2012

WeddingReview: Official OP

Assalamualaikum semua
Seperti yang dimaklumkan. OP dd adelah adik dd sndiri. Kenapa dd lambat update. Sbb dd yang uruskan page utk Mr. OP ni sebagai bayaran kepada dia yang menaja photography wedding dd sepenuhnya. huhu.Bijak kan dia. Adik dd ni baru berjinak2 jadi OP sebelum ni dia ambik gambar suka2 untuk belajar. So far belum banyak projek dia. Since Jun smpai skrg ade 3 wedding yang dia handle. Gambo wedding dd jela yang dah siap. Sebab yang dua lagi baru berlangsung last week. Nanti dd update. 



Sape2 nak review boleh la usha page baru kami. 

Untuk pengantin budget yang mahukan hasil yang baik pada harga yang rendah boleh contact dd. Terutama pengantin2 belah2 utara. Blogger2 akan dapat best price ever. So pengantin to be especially di Perak, tunggu ape lagi. Contact2 la dd eh. bye2

Tuesday, 4 September 2012

Wedding Review: Hadiah Kahwin

Masih mood raye kan korang2.
Dd ni da 3 bln kawen baru sebok2 nak update pasal hadiah kawen. Memang best sebenarnye sebab dapat bnyak sangat hadiah kawen, n banyak yg sangat berguna. Sabtu lepas dd n husband buat open house, so byk la kegunaan hadiah2 kawen kami ni utk majlis open house tu. Itu pun ade lebih separuh lagi kat perak.

Since rumah husband lepas kawen dd masuk mmg cuci kaki je. Hampir lengkap sepenuhnya. Set sofa, tv, meja makan, peti ais, mesin basuh, set bilik tidur.Alhamdulillah semua dah ade. Memang saya agak bertuah.




Ni la ruang tamu and ruang makan serta dapur rumah kami. Masih kekurangan kabinet dapur.Akan diusahakan dalam masa terdekat.Hehe.

Hadiah-hadiah kawen yang dd dapat, antara yang dd ingat;

1) yang paling besh, Microwave
2) Multi cooker
3) Penapis air
4) Water dispenser yg ala2 kat opis tuh.
5) Jam ade 4 bijik
6) Periuk nasik 4 bijik jugak
7) blender 2 bijik
8) Karpet
9) cadar - 2set
10) Buku panduan perkahwinan 3 buah
11) Lesung batu
12) Iron 2 bijik
13) Set periuk ade 5 set
14) Frame 6 unit
15) Cawan dan Jug 8 set
16) Set pinggan mangkuk 3 set
17) Barang hiasan 4unit
18) Set pisau
19) Tempat penyangkut kunci
20) Al-quran mini
21) Album gambar 2 unit
22) Dapur memasak

Tu je kot yang takat dd ingat. Banyak hadiah berulang. Tapi sangat menghargai buat semua yang memberi.
Paling x sangka dapat banyak periuk nasi. Nampak sangat dd kene rajin masak lepas kawen kan.hahaha





Tuesday, 17 July 2012

Wedding Review: Hantaran Buat Kanda

Assalam..
juz a short review since lack of picture. Kesian saya. Redha...

Hantaran buat incik debab, saya fully DIY. Sangat less cost. Sebab dulang dd pinjam kat kawan je.
Bunga fully handmade. Theme, purple+putih.


Ni je gambar yang ade. Sekian terima kasih

Wednesday, 11 July 2012

Wedding Review: Majlis Bertandang

Assalamualaikum Si Cantik manis semua.


Sekarang ni update blog dengan entry yg sangat berkala. Since transfer kat branch JB ni, mmg responsibility makin bertambah. I'm 2nd important person in this office now. Waaa...budget sungguh dd ni. Important je, pangkat xde pun.hahaha.


Nak review majlis bertandang dd yang berlangsung pada 10 June 2012 bertempat di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi Johor. Jauh tu dari Perak.nak wat mcm mana dah nama pun jodoh.huhu. 


Majlis bertandang biase2 je.cume ade makan damai, xde pelamin. Meja Pengantin pun pengantin buat sendiri.hahaha.sangat lawak. Jadila ade dari xde. 


Update gambar jela. Baju bertandang ini lah yang ditaja oleh soul sis dd kak aishah. Dd tempah kat Eira Collection Sg Choh, Rawang. Murah jugak, upah jahit 170 je untuk chiffon beaded.Tapi dd buat baju kurung moden kain payung je.Simple sebab nak pakai balik bile2 yang sesuai. 


dd suke make up kt sini. Simple n dd rasa nampak natural je. Ni pun pass pesan kat mak andam nye. Kakak spupu husband. Tu pun kakak ipar dd suh make up tebal. Dd xnak.kite ni jenis urban.suke yg natural. Eceh!



His bestie

Thursday, 5 July 2012

Wedding Review: Hantaran From Him




Salam semua, seperti tajuk entry ni disertakan gambar2 hantaran yang x brapa nak ade. Hantaran dari Incik debab untuk didi. Digubah sepenuhnya oleh my soulsis, Kak Aina. Kalo nak tempah boleh contact dd.





Tafsir Quran
Shoes from Nose


Mas Kahwin

Cupcakes
Facial Set @ Estee Lauder
Kek Gula Hangus                             
Telekung
Handbeg@Guess
Ok nak review jugak la sket2 sharing bagitau tempat membelinye.kot2 ade yang kenan. Elleh cam la best sgt barang2 ko tu dd. 


Tafsir Quran siap bekas tu dd beli kat Semua House tingkat bawah tepi Escalator. Harga Tafsir+bekas ade free kompas n tasbih RM 130 lepas tawar. Kalo Quran tanpa tafsir RM110 rasanya. Ade few range of color.

Kasut NOSE dd beli kat NOSE sunway pyramid masa sale. Besar kan kaki dd.Smpai kak aina pening nak arrange tapak utk kasut. tu yang akhirnye jadi simple je.hahaha

Bekas Mas Kahwin tu ade letak rantai batal Air Sembahyang skali. Dan sekarang dd gunakan untuk letak barang kemas. Serba guna.hehehe. Beli kat Fah Lian Balakong. Gambar2 ni diambil masa kak aina setting hantaran kat homestay family lelaki. Gambar2 selepas majlis x sempat nak ambik sebab akad nikah pukul 10 malam. Abes majlis semua dah ngantuk. 

Bakul Cupcakes beli kat Fah Lian jugak ade less 50% time tu. Harga jadi RM22 sahaja. Masa gambar ni diambil cupcakes xde lagik.

Set Estee Lauder order online je kat Cik Ina. Harga affordable siap dapat mcm2 free gift sebab dd mmg slalu beli product with her. Suke2.

Kek Gula Hangus by my MIL.

Telekung beli kat bandung. Sangat cantek pada dd. Harga 220000Rp. Beli kat TOKO LARIS Pasar Baru

Handbeg Guess beli kat butik Guess Sunway Pyramid masa sale jugak. Dapat less 40%.

So pengajarannye nak beli brang2 branded sile pegi masa sale. Sekian untuk hari ni.


Tuesday, 3 July 2012

Wedding Review: Bridesmaid

Hi, lama rasanya dd away. Bz yang amat sangat dalam urusan menstabilkan life sebagai isteri, anak dan seorg gadis bekerjaya. Gadiskah lagi???hahahaha.



Arini dd nak review pasal bridesmaids. Tapi bkn review yang menarik sebab angan2 dan cita2 saya untuk punya bridesmaids yang sedondon tidak berjaya kerana kekangan bajet.tapi x frust sangat sbb still dapat bagi diaorg bridesmaids button yang cute mute ditempah dari CIK SOULMATE. Tapi still x dapat bergambar dengan semua mereka. Ditambah pula angan2 nak bergambar dengan photogurl2 comel saya juga tidak kesampaian. Disebabkan oleh faktor OP saya adalah adik saya. Sekarang baru menyesal sangat sbb x hire OP. sepatutnya this thing x happen since my brother have an assistant, which should take over my brother job in my wedding. But since that gurl have something important in between, i terpaksa redha. So ni jela gambar2 yang ade. 




Gadis dulang with Bridesmaids button by cik Nuie
Photogurl with their dresses

Angan2 sebenara nak bergambar dengan all 7 gurl atas pelamin tapi sbb bz lupa langsung, dah habis majlis baru teringat. Frust gile rasanya. Yela kadang2 org kata kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Huhuhu

Tuesday, 26 June 2012

Wedding Review: Walima Outfit

Dear all,
Rindu semua, n rindu kebuzian masa buat wedding preparation,kalau la boleh diulang sekali lagi.hahahah.
Sangat gedik okeh. Sekarang ni pun bz melampau jugak, tapi x stress mcm bz nak kawen dulu.hehehe.
Didi ade kat rawang minggu ni. Jauh dari cik abg di johor nun. Besh gak dah kawen ni, dlu x jumpa 6bulan pun x feel sangat la rindu tu. Bila da jadi suami, x jumpa 2 hari rindu kemain membara lagi. Eceh! Hari ni dd nak share baju kenduri didi yang diadakan pada 02.June 2012 bersamaan hari lahir saya yang ke-26. Dd nikah 01 June 2012, sebab dulu2 target nak kawen sebelum umur 26tahun. So target tercapai, nikah sehari sebelum umur saya genap 26tahun. Hahaha.Saiko gile aku ni. 


Okla baju kenduri dd biase2 je.Xde yang menarik sangat pun. Cume sangat berat. X stabil rasanya bile berjalan pakai baju ni. Hahaha. Tempek gambo jela malas nak cerita panjang2. Since baju ni ditempah oleh mak di negara kelahiran beliau; India. 

Veil dd, dd tempah kat blogger best friend dd cik As comel. Sangat cantek n sangat puas hati. Tq dear. Harga pun sangat affordable. Siap bg special price utk dd. Sayang AS. hehehe. Sapa2 nak tempah boleh la contact dia directly ye.


Baju lelaki dd tempah kat Tailor kat Teluk Intan je. Upah Jahit+ Sulam RM125 sahaja. 


Baju dd warna pelik kan. Mesti ade yg kata x kene pun warna purple tu.Hahaha. Warnanye marron+purple. Bedal jela. Dah habis pun majlis. Nyesal gak x ambik pelamin n tema warna2 neutral. Tapi nak wat mcmana dah lepas pun. 

Tuesday, 19 June 2012

Wedding Review: Nikah Outfit

Assalamualaikum wbt.
hi my sweet friends semua. dd kembali bersiaran untuk hari ni. Semalam cuti, g buat IC baru. Bahana IC hilang masa nikah aritu. Punye lama perasan IC da xde dalam wallet, mesti tercicir lepas akad nikah time bz2.mmg sememeh dd ni.Tetibe jadi seorg yang sangat cuai sejak da ade suami ni. Perasan IC hilang pun masa tgk lesen da expired, bile cek2 belakang lesen da xde IC. tipun mummy suh geledah bilik pengantin, tapi mummy cakap x jumpa pun. Ntahla kat mana jatuhnye. Harap2 dalam rumah jela.

ok, nak update baju nikah dd.



Baju biase2 je. Tajaan sepenuhnya dari atuk terchenta. Fully owned by me. Sape2 nak pinjam bleh email.hehehe. Ni baju design ala2 hindustan. Kain kembang sarat dengan manik tapi x sarat sgt la.dalam gamba x brapa nampak pun sebab manik silver


Baju plain, ala2 baju moden yang ade belah tepi macam punjabi suits. Design campur aduk ni.Hahaha. Didatangkan sekali dengan selendang panjang yang menggantikan veil. Beaded jugak. Material untuk baju nikah ni net+satin (lining). 


Tudung, dd beli tudung express chiffon 2 layer. Sangat soft. Beli kat kedai kecik2 kat Jalan TAR tu je. Cost me RM 45 only. X pakai crown sbb selendang da sarat.Kepala da rasa berat. Malam akad nikah ni dd rasa make up dd putih sket. Mak andam sengaja cerahkan muka. Lepas tu kene bebel ngan mak sbb x make up natural. Tapi perasan sendiri dalam gambar nampak cantek. Eceh!

Kasut nikah, x sempat pakai pun, sebab da malam, So kasut tu masih elok dalam almari.Masa kuar umah sauk slipar je.Hahaha.

Incik hubby pakai baju melayu, songkok n samping.Simple je.

Tu je la update nye untuk hari ni.

Thanks semua

Sunday, 17 June 2012

Wedding Review: Doorgift

hi sweetie,
seperti yang dijanjikan arini nak start review ape yang patut sempena wedding dd 1&2 June yang lepas. Eceh.Macam la orang tertunggu. Actually, banyak gambar x dapat lagi dari adik, so dd update mana yang ade dalam hp dd jela.hehehe.


1st of all, doorgift. As planned and announce before, dd bagi jar doorgift. Isinya, bertukar menjadi sugar cookies, x sempat nak make hand made biscuit since masa sangat mencemburui saya n takda bantu P.A. Eceh! Idea jar ni kirenye cilok sepenuhnye dari ex b2b Puan Kina. Creadit to her.
1) Tag Penutup
Untuk detail  Entry JAR. Jar tu tutup nya plain, so dd buat tag sendiri menggunakan rubber stamp, stamp kan je atas hard paper. 1 paper dapat 24 tag. Gigih gunting sendiri dan tampal atas penutup. 
2) Gam atas penutup
Then lepas isi cookies, dd tutup pakai doily paper, x guna reben sbb nak memudahkan kerja. Pakai doily paper berwarna yang di order melalui Puan Lala
3) Sugar Cookies in the jar
And then dd isi kan jar ni dalam paper beg, khas untuk kawan2 sahaja. Brown paper beg, dd create sendiri dari beg yang biase org jual goreng pisang tu, 100pcs/RM3.50. hahaha.gigih jadikan paper beg, sbb beg goreng pisang ni xde tapak. So dd lipat2 bagi ade tapak. Macam ni. 
4) Lipat tapak n tutup beg
5) Tebuk lubang untuk reben

6) Tampal doily paper
See sangat serbaguna rubber stamp dd. Chop je semua tempat.hahahaha. Selain jar dd bagi fridge magnet yang dd order kat scrapaperclip. Sis farah yang sangat friendly and cute. Hasil kerja beliau pun sangat cute. 

7) Fridge magnet

8) Isi dalam paper beg
9) Paper beg ready
Dan inilah hasil kegigihan saya. Cost doorgift dd amat berpatutan.mmg rasa puas hati sangat. Terima kasih pada vendor2 and inspiring person for my doorgift. Sebab wedding dd kat kawasan rural, so ramai gak kagum ngan doorgift dd. 
Sekian untuk hari ni.