Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Tuesday, 20 March 2012

Bandung here i come-Day 4

Day 4;


Aktiviti kami bermula seawal jam 8am. Lepas packing back, sarapan and terus check out hotel. Sebab flight balik kami jam 7mlm, malas nak balik2 hotel da. Hari terakhir ni kami ambik lagi khidmat pak asep sbg supir, so barang2 simpan dlm van je, xde la risau sangat sbb pak asep ni antara supir2 yang boleh dipercayai.


1st: kami menuju ke TANGKUBAN PARAHU, Subang West Java, lebih kurang sejam perjalanan dari pusat bandar Bandung. Suasana pagi yang nyaman, mmg best. Suke sangat, Takuban Parahu ni area kawah gunung berapi terletak diatas bukit. Untuk tips2 mintak la pada pak supir anda. Sebabnye mcm ditempat2 lain, kat sini pun banyak yang akan merayu2 suruh beli brang diaorg. Org Bandung ni mmg creative2. mcm2 bahan diaorg jadikan cenderamata. Kalau nak beli offer sampai harga mati. Se rendah yang boleh. Kalau g awal pagi ni untung, sbb biasenye kita antara customer 1st atau bahasa mereka Pecah Telor. so mmg boleh nego harga2 cenderamata/baju2 and so on. Kat sini banyak jugak kedai2 yang jual cenderamata. Elok g masa weekdays. Kalo weekend mmg ramai sgt org.
Pemandangan


Nama tempatnye subang jugak


Kawah gunung berapi
2nd: Lepas ke TANGKUBAN PARAHU kami menuju ke Pusat Bandar Bandung semula. Untuk beli ape2 yg tetinggal. 1st kami ke GOW-GOW terletak di kawasan pentadbiran Bandung, jauh jugak dari FO yg lain. Yang ni jual mainan kanak2 semata2. Cousin borong mainan untuk anak dia. Then kami makan lagi makanan sunda di KARUMBA. yang ni mmg sedap bangat. Lagi sedap dari Sangkuriang dan harga nya lagi murah.


3rd: Kami ke THE OASIS, beli collector parfum. minyak wangi jenama antara bangsa mcm jual kat uptown tu, tapi yang ni mmg tahan lama. xde campuran alkohol. yg campuran alkohol pun ade harganya pun lebih murah. ni 1 botol 10ml 30,000rp.


4th: Jam semakin mencemburui kami, so kami terus menuju ke KARTIKA SARI, bakeri yang jual brownies, kalo ke bandung x beli brownies mmg rugi, ade 2-3 lagi bakeri yang sedap. tapi KARTIKA SARI ni yang paling glamour. Terletak ke laluan BANDARA so kami jadikan destinasi terakhir kami.


5th: Check in luggage. Dinasihatkan beli siap2 extra luggage untuk air asia. Sebab beg2 anda pasti akan beranak pinak.Jadi 15kg mmg x cukup. Upgrade terus semasa membeli.


Akhir skali selamat bercuti. Kalo ade yang dd x update boleh tanya kat comment. Cerita panjang sangat dd x detailkan. Especially nama2 jalan sebab x brapa ingat.


Tips terakhir: Xyah la serbu semua FO yg ade, survey siap2 FO mana yang best n jual barang original. Selamat mensoping.

Bandung here I come- Day 3

Awas!!Entry ini tanpa gambar!!


Sambungan entry2 sebelum ini. Huhuhu. Entry ni mmg lansung xde gambar sebab day 3 sangat bz shopping sampai lupe ambik gambar, eh x! ade gambar tapi kat kamera cousin dan dia sangat lambat memforward nya. Rosak bahasa dibuat nye.isk isk isk.


ok day 3


1st: Breakfast di hotel. Lupe nak review, breakfast yg disediakan di hotel mmg sedap2. and ade banyak choice, puas hati sangat dapat makan.


2nd: Terus menuju ke Pasar Baru. Again?? Yes again, punca??? Dalam banyak2 yang kami soping ari Jumaat tu rupenye ade terselit kain org lain, so kami g pulangkan. Bukan pulangkan sahaja, sambil tu habiskan duit lagi la. Cerita pasal duit, asalnya dd bawak 5 juta rp. bersamaan 1.7k RM, tapi x cukup, hari ke-3 da mula susut, nasib bawak cash, terus tukar di Money Changer. kikiki. Then sambung soping, g lagi TOKO LARIS, tambah lagi collection telekung. Haish.moga2 lepas ni makin rajin solat sunat dan istiqamah solat fardhu since da dpt telekung Bandung. Hehe. Then pusing2 lantai 2 je kat Pasar Baru tu. Jumpa kedai yang jual cenderamata.Nama kedai tu VAN's. Ikutkan kat lantai 4 banyak lagi, tapi since ari tu ari ahad maka org2 Bandung n Jakarta sendiri turun utk belanja. dd mmg rasa x larat nak redah Pasar Baru, singgah situ, jumpa doorgift yang cute and sesuai untuk bagi untuk tamu, dd decide beli utk VIP je, nak beli utk semua pun boleh, tapi masa tu da risau luggage overload. So terpaksa beli specialnye je.huhu.Harga dia bagi pun sangat murah, tuan kedai yang sangat ganteng. Hehehe.


3rd: Settle dipasar baru dah agak tengahari, kami tahan teksi ke TOKO TIGA. Untuk makluman toko tiga ni satu2 nya (mungkin), yang menjadi sebutan ramai, yang menjual jeans2 branded yang original. Brand utamanya adalah LEVI's. Harga?? Separuh dari harga jeans di malaysia. Disini la dd melakukakn pelaburan yang paling tinggi.Huhuhu. Settle di TOKO TIGA kami x buang masa, terus carik cab menuju ke hotel. Drop barang, suruh pak supir tu tunggu jap, tambak 5000rp kat dia, kami turun di simpang depan hotel, berjalan kaki ke RUMAH MODE. ni FO yang mmg jadi kesukaan rakyat malaysia, rata2 disitu adalah rakyat Malaysia. tapi kami x shopping sangat kat situ, kecuali cousin yang borong baju anak dia sbb dapat murah. Baju dewasa pun cantek2 gak. Tapi myb sbb poket da mula susut. So mood aku nak shopping da susut jugak. Lepas RUMAH MODE, makan2 disitu then kami menapak balik, otw balik kami lalu depan MARYATI, Spa yang agak famos di kota Bandung, singgah situ urut kaki sbb seharian berjalan. Rate 75,000 rp untuk sejam. Nyaman rasanya. Then walking balik to hotel. PAcking2 back, awal pagi mau check out suda.

Bandung here I come -Day 2

Short entry kot. Malas da nak menaip.nak cukupkan masa nak balik je ni.hehehe.


muka2 segar dipagi hari
Day 2: Bangun pagi breakfast dihotel, pak supir da menunggu. ambik supir melalui kak Lina, salah sorg agent yang mmg slalu bawak team malaysia ke bandung, my cousin dapatkan no melalui forum. Detail kene tanya dia. Sewa kereta/mpv suzuki Rp400,000 untuk 12 jam. Pak Asep supir kami, baik n softspoken orangnya. 9am kami da terjah FO Calamus. FO yg dikhaskan untuk big saiz. (my cousin) baju small size pun banyak jugak. Dd sempat grab kemeja untuk abg didi, kemeja color grey untuk bertandang nnt. And 2 pcs tshirt kain lembut untuk dd. Murah bangat, 2 tshirt tu harga 140000rp sahaja. around 40rggt.kalau kat malaysia susah nak dapat kain macam tu.


kedai blum bukak kami da terjah.
 Lama jugak kami di Calamus.


2nd: then kami menuju ke Herritage house n Cascade, terletak di Jalan Riau jugak, dekat jugak dengan Calamus, kalo xde supir boleh jalan kaki. sebelum tu ke toko anak kecil carik baju untuk anak cousin, xde yang berkenan harga pun agak mahal. Lama kami di Cascade, di Herritage x brapa teruja sgt, tapi dia attach ngan Cascade so direct ke sana, sempat dd borong t-shirt adik, abg, incik debab and kemeja untuk papa. abes 500 000rp untuk 6helai baju, RM170 duit malaysia. Berbaloi rasanya sebab baju original yg branded. Adik mesti suke sbb baju dia chantek.kalo kt malaysia mmg mahal.huhu. X sempat ambik gambar sebab da berpecah. Jalan sorg2 je. Then kami makan di cafe Cascade, bagus di Bandung ni, shopping je mesti ade free gift (GRATIS) bahasa indon, dd dapat coffee free sbb beli lebih 1/2 juta rp. kebetulan cousin pun dpt jgk, so kami singgah minum di cafe sbb nak skip lunch.kami mencuba BATAGOR, menu wajib dirasa di Bandung, ianya macam wantan cicah ngan sos.Sedap. Air yg wajib cuba adalah jus avocado. Juz buah2 disana mmg fresh2 belaka,pekat2.sedap bangat. hehehe.


3rd: Lepas Herritage and Cascade kami seberang jalan Riau menuju ke The Summit, FO yg menarik jugak, tak lama kat situ, then kami seberang jalan lagi ke Terminal Tas.Best jugak tp byk sgt handbeg china, rasa mcm kt petaling street je so x minat sgt, dalam x minat tu terbeli gak 1 handbeg gred AAA.kikikiki. Lepas tu cousin beriya2 nak mencari wallet kulit, makanya kami ke Donnatello, wallet x byk choice, tapi..ade tapi lagi tu, banyak gile kasut kulit yg besh2 and comfortable.  Then lepas donna tello kami ke Edward Forrer, seberang jalan jerk, kedai kasut jugak, tapi x banyak choice yg menarik sgt, tujuan kami ke sini adalah untuk massage badan di AKAR. dia attach dengan Edward Forrer. Harga full body massage adalah 120000rp bersamaan RM40.murah kan? besh2.


4th: Siap massage jam 6lbh petang. Di bandung 6lbh tu da mcm kul 7 lbh di Malaysia. da gelap da pun. Perut pun lapar sbb x makan tengahari, mintak Pak Asep suggest tempat menarik, dia cadangkan makanan Sunda di Sangkuriang. Masakan disini overall mmg sedap banget. X penah lagi makan makanan Sunda, mmg fall in love la. Harga boleh tahan gak la. Keluar dari Sangkuriang, kami diserbu penjual cenderamata(fenomena biasa dibandung) kalau xnak beli jangan tengok pun.Kalau nak beli tawar la selagi boleh, sbb biase diaorg akan letak harga yg kaw2 mahal. Walaupun kite rasa murah bile convert duit kita. Seeloknya dapatkan dulu harga barang2an tersebut dari kawan2 yang penah datang. Contoh key chain, biase harga pembukaannya ialah 70,000rp untuk 1 set yg mengandungi (6-10 kunci). Tapi kami tawar nak 6, 100000rp. Dia akan bagi jugak, kalau x bagi harga yang kita nak jgn beli.


End of day 2, balik hotel tido. Untuk trip hari ahad kami x ambik supir sbb nak g yg dekat2 je.

Bandung here I come- Day 1

Tett...off topic wedding walaupun dalam entry2 bandung ini akan diselitkan dengan topic wedding. hehehe.
So dd ni malas nak karang panjang2 sbb cite mmg banyak. tapi share mana yg main la buat panduan gugurls yg ade perancangan nak g.


1st:
FLIGHT TICKECT: Beli tiket LCCT-Bandung by Air Asia last year masa dia buat sale, pilih hot seat, and meal on flight so total ticket RM400.00. Kenapa hot seat??sebab selesa and akan ade priority bile naik n turun flight.Di nasihat kan kalian ambil hot seat bile ke Indonesia, di Malaysia myb kita x nampak kepentingannye sbb airport kite besor. Tapi airport Bandung saiznye mcm station bus je. So kalo 1 flight mendarat custom n immigration checked sgt lama. kalo hot seat dapat naik n turun dlu, xyah rebut2 beratur lama2.


HOTEL: Grand Seriti. More info click here. Rate: RM 200 per nite per room for standard and twin sharing room. Tempah di Agonda.com


2nd:
Kami bergerak ke Bandung seramai 4 org tanpa ambik travel agent. G sendiri2 je. Flight jam 6pagi waktu Malaysia and tiba disana Jam 8pagi waktu Indonesia pada 16/03/2012. Dijemput oleh supir hotel. (free airport transfer). Hotel kami terletak berdekatan Rumah Mode.Hotel bersih, servis mesra.mmg puas ati.
Ni gambar hotel:-


twin sharing room


3rd:
Kami sampai di hotel around 8.30am, tapi xleh check in lagi sbb room still not available, biasenya hotel2 kat Bandung ni allowed early check in sbb paham keadaan kita yg baru sampai. So since xde bilik, kami juz left luggage kt hotel and terus mintak hotel call teksi. Recommended blue bird sebab pakai meter. Kami terus menuju ke Pasar Baru.
PASAR BARU: Bukak awal, masih awal pagi lagi pun da penuh. Syurga kain. everything u want ade kat sini. 1st kedai kami terjah adalah LARIS, toko telekung. Indonesia kan glamer dengan telekung, rate harga untuk telekung cotton adalah 120000rp hingga 400000rp. ini antara kedai tumpuan rakyat malaysia. after borong telekung, pagi2 je da abes 1juta(3 org punye expenses total). Then kami jalan2 sampai da berpecah, sbb syok sangat tengok kain2. Kat Lantai 2, pasar baru ni ade 7 lantai, kami tuju lantai 2 dulu sebab nak beli telekung and kain lace. Then masuk few kedai, pusing2 tgk harga dulu. Kat sini best sebab bleh tawar2, digalakkan tawar sehingga muka diaorg da tawar. hahaha.mean da harga mati la tu. SA and owner kedai kebanyakkannya soft spoken and sangat suke layan, kite x beli pun dia x marah2 atau buat muka walaupun lepas da belek 4-5kain. So bile da berpecah dd tuju kat 1 kedai kain nama dia Vouge, nak carik kain lace utk patch kat veil. Dapat!! Harga 60000rp per meter. Mula dia bukak harga tinggi. Tawar2 baru dapat harga tu, puas hati terus ambik. Then niat nak carik lace color baby blue untuk baju sendiri. Tapi xde yang berkenan, 2-3 kedai da carik b4 tu. Then nampak 1 lace color grey, kebetulan that time jugak incik debab call. Sebelum tu da beli sim indotel di Lantai 6 pasar baru. Suggest pakai SIMPATI. easy used. Dia tgh shopping barang2 kawen untuk kenduri belah dia nnt. x sangka bergerak jugak laki aku bile aku x bising.hahaha. So kakak cakap theme hitam putih belah sana. So terdetik idea nak buat baju family color grey.Terus grab lace 1.5meter for me, 2meter for mom, and 4+4m lining for both of us. untuk dd, ambik lining baby blue sbb nak patch lace je, baju tu akan pakai lepas kawen. Untuk mummy, waaa xtau mummy akan pakai ke x.sbb baju agak glamor, kalo mummy xnak kene jual la lace tu. Gambar later okeh. So total beli semua tu 400000rp dalam RM150 duit msia. kain lace berkualiti tu.Siap satin and satin crepe.mmg bebaloi2. sbb dd taikon kain jugak kt msia ni so mmg tau harga kain2.


4th:-
masih di PASAR BARU: Lepas dapat kain dd nak carik2 la cousin2 yg dah hilang, rupenye kat kedai depan je, nama kedai tu Angle. Cousin nak beli kain lace untuk adik dia punye wedding. So beli baju family skali. Cantek gak lace nye, lace simple, untuk 7 pasang, x sampai 300 duit malaysia. Kain2 lace beaded pun masih afforadble and murah dari malaysia. Quality?? untuk info semua quality nye sama sebab kain2 yg datang kt msia tu la kain2 yg dtg kat indon, actually bandung xde kilang kain, kain2 semua import dari China n Korea, so do malaysia mcm kat Jakel, Gulatis and so on, kain2 yang sama, cume malaysia ni sebab branding and mungkin duti import jadi kain2 jadi mahal.


aktivity memilih kain
collection yg ade n byk lg x sempat capture best membeli.

Lama kami dikedai ni.mmg byk borong la especially my cousin n wife sbb diaorg nak beli baju family.Memang banyak. Dd pun ade beli jugak, kain french lace warna hijau.nnt dd tempek.i luv that color, beli je tp xtau bile nak pakai.gilos!!


1st day mmg sehari suntuk habis dipasar baru, then we took cab to hotel. Rate cab dari Pasar Baru ke Hotel adalah 25000 rp min-40000rp max. kalau lebih lagi tu jangan la ambik.kecuali hotel anda mmg jauh.


Then kami g makan kat restoren makanan padang, sebenanrnye nak ke SEDERHANA tapi cab driver xtau jalan.bongek aje, bengang betul.last2 kami turun di Chihamplax jalan sndiri je carik kedai. Makan di Rajo Minang, x sdp sgt pun tp sbb lapar bedal je. Balik hotel terus tido.
Hasil Sumbangan kewangan ke pasar baru utk day 1
Tips: Siapkan conversion note siap2 supaya x keliru dengan currency.