Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Showing posts with label legal documentation. Show all posts
Showing posts with label legal documentation. Show all posts

Wednesday, 4 April 2012

HIV Test: DONE!!

Assalamualaikum wbt


Buat sahabat2 bakal2 pengantin dan juga sahabat2 blogger yang sentiasa sudi membaca blog dd yg tah hape2 je ni.huhu.sayang korang.


Entry today, of course da ade progress berkat kegigihan didi.kikiki. Semalam dd g wat HIV test kat Klinik Kesihatan Kuala Kubu Bharu. Prosess yang mudah je. G klinik, bawak skali form Pej. Agama Negeri, nanti kat klinik dia akan bagi form yang sama tapi Kementerian kesihatan punya. Then isi borang, hantar kat lab, tunggu nombor, kene suntik, dalam 10mnt lepas tu da tau result. Of course mine are Non Reactive.Kalo reactive dia akan maklumkan kat kita n waris kita. InsyaALLAH semoga kita dilindungi dari penyakit maut tu. Mungkin bukan kita kene jangkitan tu sebab sikap kita sendiri(we all know kan). Ade yang berpotensi kene sebab pemindahan darah. Didi penah operate dan kehilangan banyak darah, mujur family sendiri yang derma, so tak la takut kene macam2 penyakit. Mintak dijauhkan. Amin...


So legal documents da ade progress. Tunggu incik debab dapat izin dari Pej.Agama Johor je. yeyeye..cepatla settle sakit otak ni. hehehe

Wednesday, 14 March 2012

Fairy Legal

78days to go...
Mean less than 10 weekend to face.
Preparation around 40% only...
omak help2!!
Tajuk entry dd??mcm cite kt DIVA tu lak.hahahaha
all about legal document la.
Last week dd perang dgn incik debab, 
dd bagi last reminder, 
kalau by 30/04/2012 dd x surat kebenaran nikah beliau,
batalkan je angan2 nak jadi suami.
Geram rasanya, tiap kali remind jwpn nye nanti...nanti dan nanti...
kalo sama negeri xpe, ni da la nak settlekan hal dia dlu, baru dpt settlekan document dd
sape x angin. da la dd byk senangkan keje dia, banyak gile benda dd handle sorg2.
penat gile rasanya. 
Dd warn dia after this i wont ask him or remind him, its up to him to take a move.
Finally baru la semalam dia ambik borang,
tu pun xtau bile dia nak buat HIV test n so on.
Dd akan buat dlm seminggu dua ni. Sbb boleh keluar waktu keje.

So girls ni dd nak share legal procedure kita secara random for your info:-

1. Sediakan dokumen-dokumen rasmi secukupnya. Dokumen-dokumen tersebut adalah:

Salinan IC

Salinan Surat Beranak
Salinan Surat Nikah Ibubapa
Salinan IC wali
Gambar pasport bersongkok/bertudung
Salinan Sijik Kursus Pra-perkahwinan
Kebenaran majikan bagi anggotan Polis dan Tentera
Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)
Surat cerai jika pernah berkahwin sebelum ini
2. Menghadiri kursus pra-perkahwinan.

3. Dapatkan wali.


4. Menjalani ujian HIV. Prosedur ini wajib dilakukan hanya di hospital kerajaan sahaja.


5. Permohonan kebenaran berkahwin di Jabatan Agama Islam Negeri. Kalau negeri Perak, perlu dihantar selewat2nya 3 minggu sebelum tarikh nikah.


6. Pendaftaran perkahwinan anda selepas majlis akad nikah. Prosedur ini hendaklah dilakukan dalam masa 7 hari dari tarikh anda bernikah.


Itulah dia beberapa langkah dan prosedur yang wajib anda lalui jikalau ingin berkahwin. Anda boleh rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing anda untuk maklumat lanjut.