Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hi all sweetie pie

Kejap je masa berlalu kan, aritu baru mula puasa, hari ni dah hari ke 28. Camne persiapan raya? dd nye biase2 je.xde baju baru pun. Cut off budget since baru nak stabil lepas kawen. Ni la padahnye kawen dkt sgt ngan raya.hahaha. Cume tumpukan persiapan rumah je. Tahun ni rumah sendiri kan, for sure kengkwn hubby akan dtg beraya, so persiapan agak mantap la jugak, tapi still simple, x tukor langsir baru pun. Pakai je yang mak mentua da buatkan dulu.Langsir nanti2 la baru pk. Nak beli biar yang menang memakai. Huhu.

Buat kengkawan yang baru kawen tu, raya mane kome tahun ni?dd off course la perak. awal2 lagi hubby dah mengalah. Tahun pertama mmg wajib rumah isteri. Hehehe. Sukenya. Hari ni masih kat pejabat sampai tengahari. Kul 2 gerak balik perak. Semoga perjalanan lancar hendaknye. Doakan kami selamat sampai. Amin.Begitu juga doa dd buat sume yang akan gerak balik kampung. Semoga selamat pergi dan balik.

Okla buat kengkawan sume, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Jemputla datang beraya. Buat yang stay johor raya ke 7 dd buat open house. jemputla datang.hehe.

Thursday 2 August 2012

kehidupan selepas 2 bulan berkahwin.

Salam Ramadhan sweetie semua.
Kejap je masa berlalu kan, dah 14 Ramadhan. Memang masa mencemburui kita untuk menghadapi bulan yang mulia ini. Secara jujur, dah bertahun2 sejak dewasa ni dd lebih excited menyambut puasa berbanding raya. Mungkin dah matang kot. Ihya Ramadhan kata orang. Hehe.

Buat sweetheart yang dah kawen, ape perasaan kalian menyambut puasa tahun ni?lagi2 blogger2 yang kawen saing2 dd. Hehehe. Best x? Bangun sahur masak untuk suami?Sekejap je dah 2 bulan bergelar isteri. Macam dd memang kusut masai sket puasa kali ni. Bulan puasa balik keje kul 5. perjalanan dari opis ke rumah lebih dari sejam. Biase 6.30ptg baru smpai rumah, ade 1/2 jam je untuk masakkan untuk suami. Nasib hubby makan lepas solat maghrib, so ade masa sket. Tapi sangat terkejar2. N sgt penat.Itupun encik hubby banyak membantu. Kalau dia balik kerja awal dia akan sediakan ape yang perlu. N kadang2 dia masakkan. Sangat terharu n sangat menghargai beliau. So far, blum complaint lagi masakkan dd. Takat ni berbuka kat luar pun baru skali je. Yang lain semua masak. Waa...kagum dengan bakat sendiri. Hebat jugak aku kat dapur rupanya. Padahal sebelum kawen dlu, pemalas ya Rabbi. 

Bab bangun sahur lagi best, kalau time hubby kerja pagi/petang. (hubby dd mat kilang keje shift). Dalam kul 4.30 hubby dd kejut dd, lepas tu dia tido balik smpai dd siap masak.Baguskan beliau.hahaha. Kalau dia keje malam biasenye dd masakkan bekal sahur untuk dia. Tetibe terasa gigihnye saya.hahaha.x sangka akan berubah macam ni skali. Betulla kata orang perangai akan berubah bila berkahwin ni. Huhu.

Persiapan raya?memang xde langsung. Cume dd plan nk buat cookies jela end of Ramadhan nnt. Sekarang ni mmg x pk ape lagi. Baju, Kasut, Tudung n langsir memang x pk ape pun. Pakai jela ape yang ade since akaun da kering lepas kawen ni.hahaha.

So u all lak mcm mana. Mengaharungi hidup selepas berkahwin. 

Selamat berpuasa dari dd.

Assalam