Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday 26 June 2012

Wedding Review: Walima Outfit

Dear all,
Rindu semua, n rindu kebuzian masa buat wedding preparation,kalau la boleh diulang sekali lagi.hahahah.
Sangat gedik okeh. Sekarang ni pun bz melampau jugak, tapi x stress mcm bz nak kawen dulu.hehehe.
Didi ade kat rawang minggu ni. Jauh dari cik abg di johor nun. Besh gak dah kawen ni, dlu x jumpa 6bulan pun x feel sangat la rindu tu. Bila da jadi suami, x jumpa 2 hari rindu kemain membara lagi. Eceh! Hari ni dd nak share baju kenduri didi yang diadakan pada 02.June 2012 bersamaan hari lahir saya yang ke-26. Dd nikah 01 June 2012, sebab dulu2 target nak kawen sebelum umur 26tahun. So target tercapai, nikah sehari sebelum umur saya genap 26tahun. Hahaha.Saiko gile aku ni. 


Okla baju kenduri dd biase2 je.Xde yang menarik sangat pun. Cume sangat berat. X stabil rasanya bile berjalan pakai baju ni. Hahaha. Tempek gambo jela malas nak cerita panjang2. Since baju ni ditempah oleh mak di negara kelahiran beliau; India. 

Veil dd, dd tempah kat blogger best friend dd cik As comel. Sangat cantek n sangat puas hati. Tq dear. Harga pun sangat affordable. Siap bg special price utk dd. Sayang AS. hehehe. Sapa2 nak tempah boleh la contact dia directly ye.


Baju lelaki dd tempah kat Tailor kat Teluk Intan je. Upah Jahit+ Sulam RM125 sahaja. 


Baju dd warna pelik kan. Mesti ade yg kata x kene pun warna purple tu.Hahaha. Warnanye marron+purple. Bedal jela. Dah habis pun majlis. Nyesal gak x ambik pelamin n tema warna2 neutral. Tapi nak wat mcmana dah lepas pun. 

Tuesday 19 June 2012

Wedding Review: Nikah Outfit

Assalamualaikum wbt.
hi my sweet friends semua. dd kembali bersiaran untuk hari ni. Semalam cuti, g buat IC baru. Bahana IC hilang masa nikah aritu. Punye lama perasan IC da xde dalam wallet, mesti tercicir lepas akad nikah time bz2.mmg sememeh dd ni.Tetibe jadi seorg yang sangat cuai sejak da ade suami ni. Perasan IC hilang pun masa tgk lesen da expired, bile cek2 belakang lesen da xde IC. tipun mummy suh geledah bilik pengantin, tapi mummy cakap x jumpa pun. Ntahla kat mana jatuhnye. Harap2 dalam rumah jela.

ok, nak update baju nikah dd.



Baju biase2 je. Tajaan sepenuhnya dari atuk terchenta. Fully owned by me. Sape2 nak pinjam bleh email.hehehe. Ni baju design ala2 hindustan. Kain kembang sarat dengan manik tapi x sarat sgt la.dalam gamba x brapa nampak pun sebab manik silver


Baju plain, ala2 baju moden yang ade belah tepi macam punjabi suits. Design campur aduk ni.Hahaha. Didatangkan sekali dengan selendang panjang yang menggantikan veil. Beaded jugak. Material untuk baju nikah ni net+satin (lining). 


Tudung, dd beli tudung express chiffon 2 layer. Sangat soft. Beli kat kedai kecik2 kat Jalan TAR tu je. Cost me RM 45 only. X pakai crown sbb selendang da sarat.Kepala da rasa berat. Malam akad nikah ni dd rasa make up dd putih sket. Mak andam sengaja cerahkan muka. Lepas tu kene bebel ngan mak sbb x make up natural. Tapi perasan sendiri dalam gambar nampak cantek. Eceh!

Kasut nikah, x sempat pakai pun, sebab da malam, So kasut tu masih elok dalam almari.Masa kuar umah sauk slipar je.Hahaha.

Incik hubby pakai baju melayu, songkok n samping.Simple je.

Tu je la update nye untuk hari ni.

Thanks semua

Sunday 17 June 2012

Wedding Review: Doorgift

hi sweetie,
seperti yang dijanjikan arini nak start review ape yang patut sempena wedding dd 1&2 June yang lepas. Eceh.Macam la orang tertunggu. Actually, banyak gambar x dapat lagi dari adik, so dd update mana yang ade dalam hp dd jela.hehehe.


1st of all, doorgift. As planned and announce before, dd bagi jar doorgift. Isinya, bertukar menjadi sugar cookies, x sempat nak make hand made biscuit since masa sangat mencemburui saya n takda bantu P.A. Eceh! Idea jar ni kirenye cilok sepenuhnye dari ex b2b Puan Kina. Creadit to her.
1) Tag Penutup
Untuk detail  Entry JAR. Jar tu tutup nya plain, so dd buat tag sendiri menggunakan rubber stamp, stamp kan je atas hard paper. 1 paper dapat 24 tag. Gigih gunting sendiri dan tampal atas penutup. 
2) Gam atas penutup
Then lepas isi cookies, dd tutup pakai doily paper, x guna reben sbb nak memudahkan kerja. Pakai doily paper berwarna yang di order melalui Puan Lala
3) Sugar Cookies in the jar
And then dd isi kan jar ni dalam paper beg, khas untuk kawan2 sahaja. Brown paper beg, dd create sendiri dari beg yang biase org jual goreng pisang tu, 100pcs/RM3.50. hahaha.gigih jadikan paper beg, sbb beg goreng pisang ni xde tapak. So dd lipat2 bagi ade tapak. Macam ni. 
4) Lipat tapak n tutup beg
5) Tebuk lubang untuk reben

6) Tampal doily paper
See sangat serbaguna rubber stamp dd. Chop je semua tempat.hahahaha. Selain jar dd bagi fridge magnet yang dd order kat scrapaperclip. Sis farah yang sangat friendly and cute. Hasil kerja beliau pun sangat cute. 

7) Fridge magnet

8) Isi dalam paper beg
9) Paper beg ready
Dan inilah hasil kegigihan saya. Cost doorgift dd amat berpatutan.mmg rasa puas hati sangat. Terima kasih pada vendor2 and inspiring person for my doorgift. Sebab wedding dd kat kawasan rural, so ramai gak kagum ngan doorgift dd. 
Sekian untuk hari ni.

Wednesday 13 June 2012

13 hari menjadi isteri

hi sweetie,
Alhamdulillah, hampir 20 hari dd menghilangkan diri..eceh, hilang la sangat, padahal malas nak online sebab nak ambik mood bertenang je setelah hampir 13 hari menjadi isteri kepada incik debab. Hari ni mula kerja. Melapor diri di office cawangan Johor Bharu. Hampir sejam perjalanan dari rumah incik suami di Pasir Gudang ke office JB yg terletak di Taman Nusa Bestari.

Totally different environment bile da bergelar isteri ni. Seronok, takut, bahagia, semua ada. seminggu lebih dd bergelar suri rumah sepenuh masa. Memang best la tunggu incik suami balik kerja, siapkan makan tengahari, kemas umah, mencuci bagai.mmg terasa penatnye. Baru tau pe perasaan mak selama ni.hehehe.

Untuk update wedding, insyaALLAH akan menyusul tidak lama lagi. Hari ni juz nak buat comeback je untuk blogger2 friends dd yang rindu dd.hehehe. Rindu u all sume. Lama gile meninggalkan zaman IT ni, termasuk fb. Sekian untuk hari ni.bye2 sume